BREAKING NEWS : Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Terbaru : SEMAK BERITA SINI


Tarikh Pilihanraya Ke 13 Di Tangan Najib Razak? Tapi Datuk Najib Masih Belum Bersedia!!

by Staff Berita Semasa on January 14, 2012

Ramai pasti yang tertanya bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13. Ramai pemerhati politik mengatakan yang pilihanraya umum 13 bakal jatuh pada tahun 2012. Itu sudah hampir pasti. Tetapi yang jadi persoalan. Bilakah tarikh yang sebenar-benarnya?

Memang daripada dulu lagi kalau dah namanya Perdana Menteri Malaysia, sudah jadi amalan di Malaysia tarikh pilihanraya umum akan menjadi hak mutlak kepada seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, kalau sekarang pastilah kuasanya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukannya “tarikh keramat” tersebut. Ia tidak boleh dikongsikan dengan rakyat Malaysia sendiri apatah lagi terhadap pembangkang jauh sekali.

Pilihanraya secara umumnya akan berlangsung 5 tahun sekali.  Tidak kira di negara-negara jiran kita sehinggalah ke negara maju :

  • Thailand
  • Filipina
  • Indonesia
  • Jepun
  • China
  • Britain
  • Amerika

Mereka akan umumkan tarikh pilihanraya umum jauh lebih awal iaitu sekurang-kurangnya setahun daripada berlangsung pilihanraya umum di negara mereka.

Apa Yang Bagusnya Kalau Diumumkan Lebih Awal Pilihanraya Umum?

  • sekurang-kurangnya supaya semua pihak dapat mempersiapkan diri dan jentera sebaiknya
  • ini lebih adil kepada semua parti-parti yang bertanding
  • termasuklah perkara yang melibatkan perancangan perkara besar termasuklah kos yang sangat tinggi
  • rakyat sendiri pun lebih mudah untuk “merancang”

Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia. Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.

  • Anda-anda semua ini yang merupakan “pemegang saham” mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.
  • Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik

Kalau sebelum ini, ramai pemerhati politik mengatakan termasukklah akhbar Reuters sendiri buat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung sekitar bulan Mac 2012 ini.

Ramalan Tarikh Pilihanraya ke 13 (PRU). Antara Faktor Yang Diberikan Mereka :

  • Malaysia sebenarnya sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu
  • Berlakunya pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara (mesti diadakan sebelum pemilihan UMNo yang dijangka awal tahun 2013)
  • pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II

Walaubagaimanapun, berita terbaru melalui laporan Wall Street Journal (WSJ) menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi bersedia untuk membuat pilihanraya umum ke 13 selagi tranformasi ekonomi yang ingin beliau laksanakan belum lagi berjaya.

2 petikan daripada kenyataan Datuk Seri Najib Razak kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menarik perhatian kami :

“You can have all the polling numbers but you must have the sense that this is the right time.

“I hope it will be the right time soon enough, but we still have to deliver on our promises and it’s important for people to have the feeling that the reforms we have promised will actually benefit them,” he said.

Rupanya lambat lambat lagi ilham Perdana Menteri untuk mendapatkan tarikh pilihanraya umum ke 13 yang sesuai. Dan hati kecil kami juga merasakan yang pilihanraya umum ke 13  tidak akan dijalankan dalam masa yang terdekat iaitu bulan Mac 2012 ini

Itu hanya beberapa perkiraan yang diambil oleh kami buat masa ini. Yang hampir pastinya, pilihanraya umum ke 13 akan dijalankan pada tahun ini.

P/S : Dijangka ramai kalangan yang baru pertama kali mengundi pada pilihanraya umum ke 13 ini. Adakah anda orangnya?

PP/S : Apa pandangan & pemerhatian anda pula mengenai tarikh pilihanraya ke 13 & harapan anda mengenai pilihanraya yang akan datang ini?


{ 83 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 sokong najib January 14, 2012 at 4:54 pm

kami dpd barisan nasional akan trus mnyokong kepimpinan datuk najib

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 fasha sandha insaf January 14, 2012 at 5:26 pm

mesti najib bangga ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Pulau Kundur January 16, 2012 at 2:29 pm

MACAMANA NAK UNDI BN,BN TK PERNAH AMBIL TAHU PEKERJA SWASTA,TERUTAMA SEKALI PEKERJA KILANG, KALAU SYA UNDI BN,ADA UNTUNGKE BAGI SAYA DAN KELUARGA SAYA.MAF SAYA CAKAP,SEBAB BELAS TAHUN SAYA KERJA KILANG,NAK MINTA GAJI YANG SETARAF DENGAN JAWATAN PUN TAK TAHU,NAK MINTA TOLONG DARI JABATAN APA, MEREKA HANYA MAMPU MENDENGAR ,TAPI TAK MAMPU NAK MENOLONG.
TUNGGU KEBANGKITAN ORANG ORANG PULAU KUNDUR.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Aku anti BEE END January 14, 2013 at 8:04 am

Aku mmg x kan pangkah bee end …

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 css January 14, 2012 at 5:26 pm
6 amran jb January 14, 2012 at 6:29 pm

mesti pas bangga gila ni..uhh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 gu kito bereh sokmo January 14, 2012 at 6:16 pm

Sy 1st time akan undi,dn tentu sbgai rakyat terengganu yg jauh merantau ke ibu negara,sy akan undi musuh no1 Dato Najib – PAS.tq

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 adikNeelofa January 16, 2012 at 9:06 am
9 huhuhu... January 16, 2012 at 3:20 pm

aku pun 1st time undi nie…aku org selangor..tentunya undi aku goes to PAS…huhuahua….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 adoi January 16, 2012 at 5:25 pm

aku pulak dah 4 kali mengundi, rasa nak berubah dari biru ke hijau. Taknak lah islam sekular, islam kan cara hidup.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 yeke? January 25, 2012 at 9:54 am

aku pn pas gk dlu.tp da tgk skrg ni depa mcm 2×5 ja.dr hasan ali tu punya baguih duk lwn maksiat pn depa pi buang.apa cita ni?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Aku anti BEE END January 14, 2013 at 8:06 am
13 amran jb January 14, 2012 at 6:27 pm

bisnes masa pilihanraya ni ape yg untung EEkkk??bendera ?baju?banner??wah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 ah chai....... January 14, 2012 at 7:09 pm

waaa…… ini kali najib mesti goyang maaa……. manyak duet talak guna punya…… rakyat sudah pandai pikir maaa………………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 shah January 14, 2012 at 7:35 pm

KLU BUAT THN NIE SAH LA SUSAH NAK DAPAT 2/3.. SEBAB PENYEBABNYA :
1. KAKITANGAN KERAJAAN DAH RASA DIPERMAINKAN… SBPA JADI CARCA MARBA CAM DALCA… YG KAYA MAKIN KAYA… YG SUSAH RASA SENANG SKIT… YG DOK TENGAH-TENGAH X RASA APA… MAKAN CAMTU SAJA..
2. RAKYAT DAH BUKA MATA.. NFC… KES ANUAR.. PELBAGAI MCM LG… ORG POLITIK BUAT SALAH KENA SKIT JA DENDA N HUKUMAN.. RAKYAT BIASA.. PUNYA LA BERLAMABK DENDA N HUKUMAN… X SETIMPAL NGAN KESALAHAN.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 azrulali January 14, 2012 at 8:06 pm

jom berubah kepada yang lebih baik”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Pemerhati January 14, 2012 at 8:14 pm

Pilih lah pemimpin akan terbaik yang akan menjalankan amanah yang diberi. Bukannya pilih atas taksub pada parti tertentu sahaja.

Be a smart voter!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 gagak January 16, 2012 at 11:24 am

apakah anda pasti yg akan datang lebih baik dari yang ada sekarang……. sedangkan pembangkang sanggup jual bangsa dan agama……. apa lebih penting…….. tengok diri d cermin…tahulah jawapannya… apa kt makin susah kerana berpelajaran tinggi atau penuh dgn pengalaman atau sebaliknya…….bagi yg tiada pelajaran tentu akan berontak… adakah kita termasuk dalam orang yg tiada pelajaran….. klu yang carit boleh d jahit tp klu yg hilang terus…. d cari takkan jumpa lg……. P Ramlee meninggal siapa pengganti nya…. tiada sampai sekarang…………………….?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 ............ January 16, 2012 at 3:27 pm

P Ramlee pun tak suka UMNO…
alif mim nun wau…..SARKIS (pendekar bujang lapuk)
hahaha….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 adoi January 16, 2012 at 5:26 pm

betul cakap kau, P.Ramlee tak suka UMNO , itu pasal dulu ada filem yang patut P.Ramlee buat diaorang bagi kat Jins Samsudin.. paham-paham je lah. tu cerita Bukit kepong top.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 gagak January 16, 2012 at 6:21 pm

yang cakap tu…….. tau ka apa ertinya kehidupan, maruah dan keamanan…………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 ! January 16, 2012 at 6:43 pm

yer Gagak, apakah ertinya kehidupan, maruah dan keamanan? define please…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 asddsfa January 16, 2012 at 6:24 pm

fikirlah impaknya kepada seluruh negara jika sesuatu parti menang. sebaik mana pun pemimpin tu tapi landasan partinya sering menghasilkan skandal, kronism, salah guna kuasa, pengurusan kewangan tak bagus dan sbgnya, tak ada gunanya undi mereka.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 tupai November 4, 2012 at 5:46 pm

parti2 nak jaga kebajikan poket bukan rakyat. nak glemer aje.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Aku January 14, 2012 at 8:15 pm

suda tiba masanya kelintit kalantan jatu kepada bn , in kedah p.p selangor semua bn sepu haaaaa mampus la pakatan pembuhung pesar kali ini mempus semua orang sabah di semenjung akan gempur pakatan orang sabah undi bn ahhhhh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 insanbersyukur January 14, 2012 at 10:07 pm

haha….aku sokong sgt..jom pastikan bn merampas kembali negeri2 ya di jajah oleh pembakang yang xpnah nk reti bersyukur..pastikan sabah sentiasa berada dalam jajahan takluk bn..masa tawau di jajah oleh pakatan xd langsung kemajuan.malah musnahjan hidup rakyat.termasuk perkampungan kami yang jadi mangsa pembongkaran.tapi sampai skg tanah tetap kosong n pendatang asing berleluasa buat rumah yang akhirnya berlaku gejala sosial.tahun ni aku akan mengundi mu bn.menyesal dgr n terpengaruh dengan janji bod O pakatan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 adoi January 16, 2012 at 5:29 pm

haha korang ni cakap kosong lah. BN lagi tong kosong. projek rancang PRU ke 12 , baru nak buat PRU13 ni? semuanya motif politik. Lepas ni main kroni, lembu pun masuk kondo, namawee pun tak masuk ISA, janji sana-janji sini tapi hampas.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 man January 14, 2012 at 8:20 pm

elok benar tu, semoga negara akan lebih aman dan maju.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 EkELEH January 14, 2012 at 8:41 pm

Dengan hanya PM yang mengetahui tarikh pilihanraya, dia boleh bermegah dan riak dengan tarikh pilihanraya yang hendak diadakan, hanya dia tahu…..
tentunya menjadi tidak adil dan sememangnya tarikh pilihanraya perlu ditetapkan lebih awal!! Biarlah padang tu sama rata….lagi canteek, lagi elok!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 fantaloso January 14, 2012 at 9:45 pm

berakhirlah zaman pemerintahan BN….tahniah! pasni jadi pembangkang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 nasT January 15, 2012 at 9:49 am

elok gak..sekali sekala jd pembangkang..nak gak tgk PR buat kerja or cakap jer lebih..kalo x perform kita tukar kpd BN balik

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 adoi January 16, 2012 at 5:31 pm

ye lah, kita tengok pembangkang pulak. OBAMA pun pembangkang juga dulu. tapi BN dah banyak buat tahi lah, hutang berjuta-juta, susah juga tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 cttt January 14, 2012 at 10:12 pm

aku sokong ah chaii…biar kasi bungkus itu BEE ENDD…habis bersepah sume lari pasni heeheh mcm cacing panas….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 MMAAATT January 15, 2012 at 12:54 am

Hentikan pertindihan kuasa,,hentikan badan legiatif dari masuk campur dalam badan kehakiman,,,bebaskan kuasa mahkamah dari mana-mana badan perundangan atau pentadbiran,,,,,saya mahukan keadilan! biarkan rakyat mendapat hak untuk mengundi,,bukan di tangan mana-mana pihak mengikut akta perlembagaan persukutuan tanah melayu 1956! rakyat lebih berkuasa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 ery January 15, 2012 at 1:14 am

pilihanraya bulan mac n saya akan mengundi utk menentukan masa depan negara tercinta..undi adalah rahsia :-)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 anak kepada kawan sepupu anak ketua kampung January 15, 2012 at 7:28 am

Dah 57 tahun BN(Barang Naik) berkuasa sejak pilihanraya pertama 27 Julai 1955, masih ada kawasan yang tak ada bekalan eletrik dan air, rakyat yang susah pun ramai lagi, pendidikan kononnya percuma, tapi anak nak masuk sekolah pun kena perabih hampir beratus RM jugak, pelacur lebih ramai daripada pelabur, pokoknya..banyak sangat la yang tak betulnya….rakyat nampak kerajaan BN buat yang terbaik, padahal kalau kerajaan tu telus boleh buat lagi baik…. PRU 13 kita tukar pulak, bagi peluang kat PR.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 kulaan January 15, 2012 at 7:41 am

betul…kita tukar!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 aisunam January 15, 2012 at 7:42 am

Wahai kawan-kawan!!jangan teragak-agak untuk buat pembaharuan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 BirdEye January 15, 2012 at 8:25 am

Akulah pengundi atas pagar… Perhati dulu performance BN dan perhati juga isu yang ingin dibuka oleh PR.

Sekarang ni nampak Najib tengah berhempas pulas untuk memenangi hati rakyat pada setiap peringkat, terutama pada rakyat biasa (berpendapatan bawah RM3000).BR1M, SS1M, Kedai 1 Malaysia, SARA 1 Malaysia dan pelbagai lagi. Ini adalah langkah yang amat berkesan yang tidak terfikir parti pembangkang maupun perdana menteri2 terdahulu. Konsep 1 Malaysia adalah konsep yang tepat dalam menyatukan kaum di Malaysia.
PR pula setelah memerintah 5 negeri kemudian jadi 4, kerjanya takhabis-habis cuba memadam jejak BN dulu. Lihatlah tingkah laku Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim. Anwar Ibrahmi ideanya tak berkembang langsung dari zaman pelajar hinggalah sekarang ni. Caranya mudah saja PECAH DAN PERINTAH. Dia akan memecahbelahkan keharmonian kaum, menghancurkan ekonomi, apabila sudah hancur dia akan kata inilah negara dibawah kerajaan BN dan hanya dia yang boleh menyelesaikannya apabila jadi PM nanti… suatu idea yang sudah lapuk.
Kalau diperhati Najib ada kekuatan dari semua segi, baik sejarah keluarga maupun rekodnya selama ini. Jadi apakah kelemahan Najib…
KELEMAHAN NAJIB ADALAH ROSMAH MANSOR
Bukan menyatakan Najib gagal tapi kekadang tu nampak kelemahan. Apa yang ditakutkan pada Rosmah ini adalah refleksnya sebagai wanita baik dari segi tutur kata maupun tingkah laku. Sebagai contoh ulasannya tentang Tsunami Jepun dan dia taknak minta maaf. Lagi satu contoh bila SRK datang Malaysia jumpa Najib dan Rosmah, ketika bersalaman Rosmah sempat raba muka SRK. agaknya kalau tak ada Najib habis di……nya SRK tu. Nampak perkara ini kecil pada pandangan biasa tapi dari pandangan hati ini adalah serius. Jabat tangan pun antara dia dan lelaki lain sepatutnya dalam keadaan terpaksa (kerana dia adalah seorang ISLAM) apa lagi raba muka. TIndakbalas Rosmah beginilah yang membahayakan kerjaya politik Najib. Eloklah Rosmah teropong tingkah laku Wan Azizah dan Hasmah Mohd Ali.
Muhasabah politik dan yang paling penting muhasabah diri…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 asddsfa January 16, 2012 at 6:02 pm

pendpat anda pd perenggan pertaman menunjukkan anda byk sgt tonton buletin utama tv3 and baca utusan meloya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 jejak January 15, 2012 at 9:58 am

ak sokong warna biru, sbb stiap kali sukan rmh biru je mnang kat sklh ak..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 adoi January 16, 2012 at 5:33 pm

cuba try masuk rumah hijau, mesti rasa tenag dan aman

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 amey January 15, 2012 at 12:34 pm

klu betul najib nak menawan hati rakyat dengan BR1M, SS1M, Kedai 1 Malaysia, SARA 1 Malaysia dan pelbagai lagi.. tak perlu masa sekarang baru nak buat.. sepatutnya di awal pemerintahannya lagi dia da lakukan. sekarang orang akan berkata sana, sini..”najib saja wat tuk tarik pengundi” kita juga tidak boleh salahkan pembangkang dalam byk hal. yang menang pilihan raya dapat duit untuk membangunkan kawasan mereka dari mana? siapa yang bagi? bukan KERAJAAN? mereka wakil2 rakyat hanya dapat merancang dan memberi cadangan kepada pihak kerajaan.. klu kerajaan tak luluskan.. siapa patut di salahkan, wakil rakyat?atau KERAJAAN?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 abe mat January 15, 2012 at 3:06 pm

“membangun bersama islam”undilah pas….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 muslim January 15, 2012 at 6:55 pm

bukan dah tukar ke “negara berkebajikan”. hamPAS. negara islam mana? buat betul2 la, baru orang yakin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 adoihay January 16, 2012 at 5:35 pm

kebajikan tu islam lah, cuma sekarang tak boleh nak cakap negara islam sebab kita islam sekular, malu lah kat negara islam lain. jadi step by step.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 elly January 15, 2012 at 4:40 pm

yg sibuk dok nak undi bn la nak undi pas la, BA ke BN ke. yang pastinya adakah anda adalah pengundi yg sah. semak dulu jgn dok meletup tak tentu pasal nanti menyesal. yg penting semak kawasan mana anda mengundi dan pastikan nama anda ada dlm daftar pemilih. kalu tak ada anda sama dengan remaja yg belum cukup umur tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 nyoparut January 15, 2012 at 5:19 pm

BN atau Pakatan Rakyat? Pilihan di tangan kita..Jangan sampai tergadai maruah rakyat..yeeeeeeh!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 taiicompany January 15, 2012 at 6:03 pm

maybe bulan june…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 man January 15, 2012 at 6:11 pm

tak sabar nak bagi mandat semula kat Najib, pilihanraya dulu memang aku undi PR satu keluarga aku suruh undi PR, emak aku, akak2 aku, abg2 aku, maklum la.. aku seorang ja yang belajar tinggi sikit so dia org pun ikut aku jaa. Otai2 PAS (PAS jawi) semua dah out, tinggal puak PAS rumi ja.. lagi satu cam diaorg ja undi pembangkang taun lalu, main isu tak abis2 kalu x cukup makan cam negara luar tu tak pe laaa.. demo saja takut aku….huhuhu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 adoihay January 16, 2012 at 5:36 pm

bagus la macam tu, rasa kenikmatan bagi mandat pada Najib. Ingat anda di persoal di akhirat nanti siapa yang anda undi. cuma mengingat je. terpulang lah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 pemandu January 15, 2012 at 11:18 pm

Memang dah dekat ni… Berita pun dah macam2 cerita .

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 anak selangor January 16, 2012 at 8:49 am

hanya golongan alim dan ulamak yg paling layak memerintah sebuah negara yang diistihar sebuah negara islam..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 asddsfa January 16, 2012 at 6:07 pm

takbir!!! Allahuakbar!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 Menteri Gila Harta January 16, 2012 at 9:59 am

Bagus. Tak sabar tunggu kabinet lembooo bubar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 Pakat2 undi lor January 16, 2012 at 10:39 am

yg pasti aku xsnggup tgk anwar penyokong gay jd PM…nauzubllah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 poborsky January 16, 2012 at 3:50 pm

1soalan je selalu tanye pada anda yg berfitnah,anda yg bkn hakim sedap tuduh org gay.kenapa hakim yg belajar power giler dari anda xblh jatuhkan hukuman keatas anuar?soalan ini hanya untuk org yg xbkerja sbgai hakim tp ckp lg baguih dk ada

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 adoihay January 16, 2012 at 5:39 pm

biolah diorang, fitnah tanggung sendiri, pasal ke altantuya dulupun aku tak berani kata najib terlibat. kang jadi fitnah , naya aku dalam kubur

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 asddsfa January 16, 2012 at 6:09 pm

kalo anda ada prasangka terhadap seseorang, keep it to yourself. jgn hebohkan, nanti jadi fitnah, tak pasal2 dpt dosa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 X belah mana2 January 16, 2012 at 10:47 am

Bagi mandat kepada kepimpinan ulama, baru lah selamat dunia dan akhirat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 babart January 16, 2012 at 11:45 am

tahun ni pertama kali nk pi mngundi..
rase teruja nk bg markah kt pak-pak menteri ni
dh banyak drama aku tgk
dh bnyk janji aku dengar
dah byk fitnah yg ditiupkan
sampai rasa susah nak hidup kt kota metropolitan ni
kalo kerja gaji beso xper lar
ni gaji ciput jer
harga barang saban tahun makin naik
pak menteri yang dok jaga harga barang asik dok tuko tp hasilnye ttp same
gaji org keje gomen lom naik tp harga brg da naek
ponin,,ponin…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 adoihay January 16, 2012 at 5:40 pm

saya suka barang naik lah. saya sangat suka barang naik itu pasal den pangkah dacing… moooo

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 Penyokong Kak Mah January 16, 2012 at 12:10 pm

PM kena minta perkenan first lady dulu utk buat PRU 13 ni..dia tak perkenan, PM tak boleh buat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 ismu January 16, 2012 at 2:20 pm

tak taulah apa nak jadi di Malaysia. Banyak sangat perkara yang pelik-pelik berlaku

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 Senyap January 16, 2012 at 6:10 pm

Kami orang sabah yang duduk di semenannjung kami undi bn . 500000 orang sabah undi bn . Kami akan gampur habis habisan pakatan membuhung ini durjana ini

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 ! January 16, 2012 at 10:47 pm

mcam bunyi bangla jer?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 HANGKANG January 16, 2012 at 6:53 pm

Ko ni arr bikin malu orang sabah jak. Bagus senyapkan diri saja. KAMI DI SABAH 101% MENYOKONG PAS!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 realofa January 17, 2012 at 12:45 pm
69 tuntuhuk January 17, 2012 at 7:29 am

yg kowg kecoh ni knpa?..nk buktikan kehebatan anda,angkat tgan nanti kmi undi tuk ko..mau tgk gak cm mana ko perintah..ekeke..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 valuation January 17, 2012 at 9:58 am

Pak cik harap-harap boleh dicalonkan sebagai adun tahun nie. Pak cik nak buat perubahan. Kalo pak cik mengundi, undi pak cik adalah rahsia. Kepada adik-adik, pak cik harap memahami apa itu”kerajaan”, fahami lah apa itu”undi”. Jangan terlalu emosi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 teman January 19, 2012 at 11:54 am

Teman kalau mengundi tetap undi yang lama,deme bagi beras sapu,bagi anak itik sapu ,bagi pelekat kain batik sapu bagi lah apa nak bagi semua teman sapu….undi tetap yang lama.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 Akim January 25, 2012 at 10:43 am

BN mesti menang, UMNO mesti terus berkuasa demi bangsa Melayu. Jangan sampai Melayu menumpang di Tanah Melayu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 BAKAL PEMIMPIN MASA DEPAN January 27, 2012 at 9:56 am

SAYA MENCADANGKAN KITA UNDI CALON-CALON BEBAS UNTUK PRU 13….GERAKAN KETIGA…. BIASANYA CALON- CALON INI TIDAK PRO KEPADA BN @ PAKATAN….JADI KEADILAN MUNGKIN DAPAT DITEGAKKAN.. CALON PERDANA MENTERI SUDAH TENTUNYA TIDAK DIBODEK DAN MEMBODEK PIHAK-PIHAT YANG BERKEPENTINGAN… JADI PERDANA MENTERI ITU SEMEMANGNYA LAYAK JADI PERDANA MENTERI.. KERANA DAPAT MAJORITI DI PARLIMEN…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 komengkata January 30, 2012 at 6:23 am

Aku keliru. Tak mau undi sapa-sapa. Aku rakyat bingung. Takda pemimpin dan parti seperti yg aku mau:

Amanah, berkualiti, takda masalah moral, ada taqwa, ada iman, tak memfitnah, tak rasuah, tak kafir mengkafir, tak cakap sembarangan, takda menteri-menteri yg pakai bomoh, yg syirik, yang solat fardhu jemaah, mengutamakan agama dari bangsa, anak-anak menteri yang patuh kepada pemimpin bukan pakai keputusan sendiri, berakhlak mulia sehinggakan pihak lawan tak jumpa point atau susah nak cari loophole utk menjatuhkannya.

Pemimpin yg ada karomah, taat perintah Allah, menghidupkan sunnah Nabi, tegas menegakkan agama Allah, bantu agama Allah, hafal surah Al-Baqarah, tak tipu sana sini, cakap benar selalu setiap masa, tak tegakkan benang basah demi kepentingan parti atau peribadi..

Korang nak tak pemimpin seperti ciri-ciri di atas? Dah jumpa lum? Ada tak? Aku.. tak jumpa lagi.. sorry

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 tupai November 4, 2012 at 5:40 pm

haha. ko tak jumpa lagi. aku undi ko aja ler. ko musti ada ciri tu tgk ayat2 ko tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 amira June 2, 2012 at 1:33 pm

PRU 13 ni kita pilih pembangkang.Jom pakat sama-sama.Kita tgk lps ni gaji swasta bertambah naik…naik 50%.gaji pnjwt awam naik lagi.harga barang turun.nasib rakyat miskin lbh terbela.sistem pendidikan lbh baik dan teratur.hapuskan sistem pengkeranian guru.sistem hudud terlaksana.pelacur dah tak de.anak luar nikah dah tak lahir lg.pendek kata apa yg kita harapkan semua terlaksana…blh mcm tu????pk2 lah sendiri.tepuk dada tanya iman.jgn lps ni maruah agama dan bangsa tergadai dek terlalu taasub dgn janji pembangkang.sudahnya org kafir jadi pemerintah.bangsa melayu tenganga dan tertindas di tanah air sendiri.tgk sendirilah kat selangor skrg berapa byk kuil dibuat.bangsa lain sdg bertepuk tgn melihat bangsa melayu berbalah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 amira June 2, 2012 at 1:43 pm

yg plg penting sistem perbankan lbh baik dr skrg.tak de lg kadar bunga yg terlalu tinggi.utk golongan sederhana tiada bunga yg tinggi dikenakan utk loan kereta dan rumah.lbh mengutamakan golongan miskin dan sederhana.dan pemimpin baru dari klgn pembangkang tu sama sifatnya spt khalifah umar.blh????klu anuar ibrahim blh bersikap demikian kita wajib sokong dia.tp klu tidak…tak payah le…nasib kita akan lbh teruk dr skrg…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 kukukaka June 2, 2012 at 1:46 pm

ada lg…tu ctos haprak tu dihapuskan..beroperasi secara haram tp bank negara masih guna khidmat ctos..mampu pmbgkang buat mcm tu?yg lain2 tu senaraikanlah apa yg rakyat mahukan…so pasni bila pembangkang menang suruh depa kotakan…jgn janji tinggal janji je..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 Tawau Mari August 23, 2012 at 8:49 pm

Ni dia org twu dok Kuala Lumpur (Kampung Baru beb!!!..) kepada org2 SABAH ni satu permintaan ku UNDILAH PR jgn kasi can ni UMNO memerintah lg,kesian kepada rakyat SABAH,kesian negeriku (NEGARA SABAH),mana perginya perjanjian 20 perkara???kenapa tidak ditunaikan,kesian SABAHKU..hidup menderita,termiskin dan tertindas,ingatlah 31/08/1963 KEMERDEKAANMU..apa yg SABAH dapat sehingga skrg???kesian SABAH TANAH AIRKU..kamu fikir2 bah semua ini..ingat!!!…selepas PRU13 klu ko mo menangis darah pun ndakdah gunanya klu ko masih kasih mandat ni UMNO.”OK BAH KALAU KAUUU!!!………………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

80 tupai November 4, 2012 at 5:34 pm

masa pilihanraya, aku tgk je mana pemimpin yang bagus. Bukan aku taksub parti macam korang. aku tgk la pemimpin mana aku kenan amik tau hal anak buah dia. tukar sokmo kaler masa pilihanraya. yang penting, orang islam wajib pilih calon islam dulu. kalu semua calon islam, baru pilih akhlak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

81 tony December 19, 2012 at 2:45 pm

Orang Melayu kena sedar…jangan lagi diperbodohkan oleh UMNO lagi…umno telah mengkhianati orang2 melayu. contoh di kelantan….
UMNO kuat kerana masih ramai orang melayu yg kurang berpendidikan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

82 anti BEE END January 14, 2013 at 1:36 pm

Aku sokong ckp kau tony … Umno dah bnyak perbodohkan org2 melayu …

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

83 milia ss April 5, 2013 at 11:48 am

Kami sekeluarga …cari yg terbaik buat negara yg trcinta,
Sebut atas pagar ada jg……. mana lebih baik
Nak pilih pun susah ……yg pasti yg sebangsa dan seagama

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: