BREAKING NEWS : Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Terbaru : SEMAK BERITA SINI


Pinjaman PTPTN Akan Dipotong Atau DiHapuskan?

by Staff Berita Semasa on February 3, 2010

Tabung PTPTN sekarang ini semakin kering. Itu hakikatnya. Sebab kemungkinannya, mungkin kerajaan sudah kekurangan dana atau pun juga sebab utamanya adalah bekas-bekas peminjam yang masih degil dan buat-buat tidak tahu dengan tanggungjawab mereka membayar semula kemudahan pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia.

PUTRAJAYA – Jika selama ini sesiapa sahaja yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan layak memohon dana daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), penuntut pada masa depan mungkin tidak lagi mendapat keistimewaan seperti itu.

Ini kerana Kementerian Pengajian Tinggi akan menyemak semula syarat kelayakan memohon dana atas kesedaran bantuan sepatutnya diberikan kepada golongan yang layak. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kajian semula itu dibuat atas dasar menjamin keadilan sosial.

Adakah selama ini pinjaman PTPTN ini diberikan juga kepada yang tidak layak? Nak dikatakan begitu longgarnya cara mengutip semula semua duit daripada semua peminjam PTPTN sebelum-sebelum ini, sehinggakan ada yang mengatakan yang peminjam tidak perlu risau untuk membayarnya semula selagi senior-senior terdahulu belum menjelaskan hutang-hutang mereka. Pemiutang saban tahun bertambah. Sampai-sampai bila pun, masalah ini sukar untuk diatasi.

P/S : Kebelakangan ni kementerian ada jalankan usaha dengan menyiarkan nama-nama peminjam dan penjamin utk mendapatkan kembali wang pinjaman PTPTN . Tetapi diarasakan cara ini kurang efektif.


{ 7 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Syafik February 4, 2010 at 2:15 pm

tahun ini bebudak U dapat lambat sikit…..baru minggu lepas dapat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Fatin Pauzi February 4, 2010 at 5:57 pm

Erm, ramai tak dapat bayar lagi sebab keje pun lom dapat lagi. Lambakan graduan yang menganggur sekarang, sangatlah ramai. :|
.-= Fatin Pauzi´s last blog ..Bantuan Mantap Khas Untuk Anda! =-.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 nur ash February 5, 2010 at 11:27 am

~hem..peminjam2 kna byar balik bila dh hbs blaja kesian adik2 generasi akn dtg..kita kna ada tggungjawb..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 FARAH June 18, 2010 at 11:31 am

pemimjan kene bayar.
pinjaman ni jugak perlu dihapuskan interest (riba)
Pinjaman ptptn patut diubah kepada full scholarship kepada yg dapat result cemerlang.(1st class, % ikut cgpa:3.5,3.3,3.o untuk menarik pemimjan membayar balik htg, dan pada masa yg sme semua pljr akn lebih rajin belajar utk cemerlang dan menikmati imbuhan ini)
Dana x cukup??>>>cukai rakyat bayar byk2 tu buat ape???? :tembak :tembak

*hargailah anak2 untuk belajar.kamilah pemangkin dan pemimpin malaysia di mse depan.Tingkatkan kualiti modal insan!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 aruni July 21, 2010 at 4:42 pm
6 sahizam March 1, 2011 at 8:13 pm

banyak perkara yang perlu dilihat semula oleh PTPTN berkenaan dengan pinjaman PTPTN yang diberikan serta pelajar yang menjadi pelanggan PTPTN.
banyak trend naik turun dlm pelbagai hal dikalangan pelajar yang meminjam samada yang sedang belajar atau yang telah tamat belajar. saya sedang menjalankan kajian berkenaan kesanggupan membayar pinjaman PTPTN nyata menemui beberapa karenah dan trend yang diluar jangka tentang respon pelajar yg sedang belajar terhadap kesanggupan membayar balik pinjaman.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 atiey April 19, 2012 at 1:01 pm

isu PTPTN TIDAK PERLU DI POLITIKKAN, DAN PELAJAR TIDAK HARUS BODOH DAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI…KENAPA PTPTN PERLU DIHAPUSKAN???JIKA PTPTN DIHAPUSKAN BAGAIMANA PULA GOLONGAN PELAJAR YG MISKIN YG HANYA MAMPU BERGANTUNG PADA PTPTN..JIKA PTPTN DIHAPUSKAN, YURAN PENGAJIAN DI IPT DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN, BAGAIMANA PULA UNTUK PELAJAR YG IBU BAPA MEREKA MEMPUNYAI PENDAPATAN TIDAK MAMPU UNTUK MEREKA SARA HIDUP DI UNIVERSITI???PERBELANJAAN DI UNIVERSITI TERLALU BESAR UNTUK PELAJAR, NAK MAKAN, BUAT ASSIGNMENT…KENAPA PELAJAR TIDAK PIKIR SEMUA TU..DI PIHAK SEKOLAH BOLEH LA UNTUK IBU BAPA MENANGGUNG ANAK2..

BAYANGKAN SETIAP SEMESTER PELAJAR MENDAPAT PINJAMAN, APA YG KORANG BAYANGKAN, RAMAI YG TUKAR PHONE BARU, SHOPPING SAKAN, SEWA KETA PG JALAN2 DENGAN KAWAN2, ADA BUAT BUSINESS LAGIII…UJUNG MINGGU KUAR PG JALAN2…ITU SEMUA XNAMPAK!!!ADA SIAP BELI KERETA UNTUK BUAT KHIDMAT SEWA KERETA DI UNIVERSITI..BAGI MEREKA YG BERPASANGAN PULA, BELANJA KEKASIH DENGAN DUIT PTPTN, KUAR OUTING BELANJA MACAM2…TAPI SETENGAH PELAJAR YG PANDAI MENYIMPAN MEREKA AKAN BERJIMAT..ADA SETENGAH PELAJAR UJUNG SEM DA KERING!!!MINTAK PULAK DENGAN FAMILY…PTPTN BANYAK MEMBANTU PELAJAR…

JIKA TIDAK MAHU MEMBAYAR PTPTN, PELAJAR HARUSLAH BMENDAPAT KEPUTUSAN CEMERLANG UNTUK UNTUK MENDAPAT BIASISWA..ITI WAJIB SEBAGAI SEORANG PELAJAR!!!

KETATKAN PINJAMAN KEPADA PELAJAR YG IBU BAPA MEREKA, PENDAPATANYA TINGGI, KERANA ADA SEORANG KAWAN, SAYA SENDIRI, MENDAPAT PINJAMAN PTPTN, DIA TIDAK PERNAH MENGGUNAKANYA, HANYA SIMPAN DALAM ASB..TIAP2 BULAN FAMILY HANTAR DUIT…

PIHAK PTPTN JUGA HARUS BERTINDAK MENGESAN MEREKA YANG SUDAH BEKERJA, UNTUK MELAKUKAN POTONGAN GAJI, KERANA RAMAI YG BEKERJA TIDAK MELAKUKAN PEMBAYARAN

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: