BREAKING NEWS : Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Terbaru : SEMAK BERITA SINI


Restoran Menu Rakyat 1Malaysia. Pengalaman Anda?

by Staff Berita Semasa on October 24, 2011

Kami merasakan cadangan Restoran Menu Rakyat 1Malaysia agak baik. Walaubagaimanapun, kecoh sekarang ramai  mempertikaikan harga yang dibayar oleh Datuk Seri Najib ketika berkunjung dan makan di Kedai Menu Rakyat 1Malaysia baru-baru ini. 

Bagi kami, ia tak sepatutnya menjadi satu isu besar pun dan mengapa mesti dilihat lauk yang Datuk Seri Najib Razak ambil itu :

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Tun Razak memuji makanan yang dijual di restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia sambil menyifatkannya sebagai sedap dan berkualiti.

Perdana Menteri menyatakan sedemikian selepas menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom di Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku di sini hari ini.

Dah nama pun Perdana Menteri :

  • Memang dah terang-terang memang harga lauk yang diambil itu bukan harga pakej Menu Rakyat 1Malaysia
  • Dek kerana lawatannya itu ke kedai Menu Rakyat 1Malaysia mendapat liputan media, Perdana Menteri buat-buatlah bayar atau sebagai simbolik sahaja. Sebenarnya beliau kalau nak dapat free, senang-senang sahaja.
  • Disebabkan kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri, ada kemungkinan harga yang dikenakan “agak berpatutan”

Itu sahaja. Yang jadi masalahnya terdapat akhbar yang “spin” cerita asal. Wartawan pun kalau nak bodek pun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, berpada-padalah sehingga tajuk dan liputan yang diberikan boleh menyebabkan sesetengah rakyat Malaysia terkeliru :

  • Suratkhabar kata RM3,
  • Tapi Presiden Koperasi Ukhwah Datuk Rahim Baba kata RM4

Walaubagaimanapun, bagi kami harga RM6 masih lagi boleh dipertimbangkan sebagai murah dengan hidangan yang sebegitu rupa. Buang masa sahaja kita kesan jenis pembohongan yang seperti ini. Jikalau terdapat rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa yang diperbincangan ada juga faedahnya.

“Kalau nak jimat, ambil menu yang jimat. Kalau ambil menu yang “berlebihan”, dapatlah harga lebih”

Bagi kami konsep Kedai Menu Rakyat 1Malaysia lebih kepada membantu rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah untuk menikmati hidangan pada harga yang berpatutan. Ini bukanlah bermaknan, anda nak ambil pelbagai menu tetapi masih mahu dianggap menu rakyat lagi. Tak padanlah kan?

Mungkin kami rasakan formula RM4 yang dikenakan oleh kedai Menu Rakyat 1Malaysia adalah seperti di bawah, mungkin anda juga boleh memahaminya :

if (nasi+sayur+(ayam||daging||ikan)){
return “RM4″;
}
else{
return RM4++;
}

Di sini ada senarai restoran/kedai Menu Rakyat 1 Malaysia :

P/S : Jadinya di sini, kami lebih suka untuk bertanya kepada mana-mana yang ada pengalaman datang ke Kedai Menu Rakyat 1Malaysia ini, bagaimana pendapat anda daripada menu dan harga yang dikenakan?

{ 50 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 helmi October 24, 2011 at 10:45 am

xde beza pon ngan kedai makan sbelah opis aku neh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Zaman October 24, 2011 at 10:56 am

owh…yeke. Ok tak lauk dia? Kat mana tu?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Pena Biru October 24, 2011 at 4:10 pm

biasalah gimik politik…
tp agak murah jugak kalau tgk lauk byk mcm tu RM6 sahaja…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Azizah Abd Rahman October 27, 2011 at 2:40 pm

Saya pun menjual makanan yg rasanya sama murah. Kafe kecil saya di U M. Air nescafe atau milo 3 in 1 atau yg pakai dispenser ialah RM1.30. Jus sejuk pula spt mango peach sejora ialah RM1.80 shj. Roti canai RM1.00. Nasi lemak satu pinggan penoh RM1.20. Telor RM0.50 shj. Lasagna 200 gm ialah RM5.00 manakala 300 gm ialah RM7.00 shj berbanding dengan di pasaraya atau di restoran bertaraf antara bangsa ialah antara RM8.50 hingga RM11.90. Kalau berminat boleh hubungi saya di talian 019 238 9898. Tq

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Harimau Malaya October 24, 2011 at 11:09 am

betul tu. Nak bayar RM3… tapi nak bedal ayam, daging, sayur,ikan, teh ais dll..mana dapat…
nak bayar RM3 ambil lah nasi + ikan+ sayur+ air suam…baru padan dengan harga…

tapi terus terang aku katakan harga agak berpatutan. kalau kat tempat akula…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Azreen October 24, 2011 at 11:14 am

haha…mcm formula programming C++ jerk

hari ini aku terkena 8.80.. di kedai satu malaysia di kuantan..

1. Ayam goreng 1.50
2. nasi 1.20
3. sambal petai 1.00
4. sayur … 1.00
5. tea o ais 1.50
total 6.70

fuh fuh.. tak emboh pi kedai menu 1malaysia lagi…………. dok jimat..serik doh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 lobang October 24, 2011 at 11:49 am

benda2 mcm nie lu nak kecoh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 pistol October 24, 2011 at 12:31 pm

nasi + sayur + ayam/ikan + air sirap kalau harga rm4 ok gak tapi ada ke? klu air suam mmg bnyk…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Zabri October 24, 2011 at 12:37 pm

dah nama pun pembangkang, kerja nak memabngkang jerk.
apa apa yang memberi imej baik kepada kerajaan memang la retorik pilihanraya bagi pendapat mereka.. takpelik la kalo pembangkang terancam dengan kedai 1mesia ni… mulut kata setuju tapi dalam hati rasa nak bakar kedai ni, nak2 sekutunya ada kepentingan dalam perniagaan bangsa lain. Erm…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Rakyat Selangor Benci UmProno October 24, 2011 at 12:40 pm

padan la muka rakyat sibuk sgt , percaya dgn najib buat per.

harga rm 4 mn dpt mcm najib

ko ingt kedai tu xnk untung?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 haizzzz October 24, 2011 at 12:43 pm

perghh..bg najib mkn,receipt nnt die claim la..lol..xpnh mkn lg,jd xberani bg komen.xbek buruk sangka sedgkn kite xtahu kebenaran sebnr..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Nurul Fatihah October 24, 2011 at 12:48 pm

stakat yg sy nampak, kedai 1malaysia nih mmg tumpuan tmpt2 rakyat yg taraf kos rendah n sederhana …nape nak bantah lak?
org overseas pun rmai yg guna brg tmpatan ..pelik jer….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 anti propaganda October 24, 2011 at 1:10 pm

rkyat atau pmbangkang xpnah pn nk marah klu pe yg kjaan buat untk kebaikan brsama..yg rkyat dok bising skrg ni adalah ketirisan yg makin mnjadi2 sjak kebelakangan ini..tu yg ptut pmimpin umno slesaikn dlu pastu bru bole nk buat kdai 1msia ke warong 1msia ke…smua tu bkn tuntutan rkyat bwhan pn….bkn smua dpt nikmat kdai 1msia yg diwar2kn umno..dianggar hanya 15%-25% je yg rasa…yg selebihnye dok nganga je la….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 scart October 24, 2011 at 1:32 pm

As Salam, x yah nak kata yg lauk nasi + sayur + ikan / ayam + air sirap = rm4. X dapat nyer..
lauk yg mcm ni punye simple katakan ambik lauk ikan x pyh ambik lauk ayam pun dah kene sampai RM 6 apa cer? cuba kobar kan skit..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Junta October 24, 2011 at 2:25 pm

masa aku tgk haritu, Ganu jumpa Selangor dan N9 jumpa T team utk kedua2 round.

Ganu = 4 – 1..bermakna pertahanan Ganu lebih mantap.
N9 = 6 – 3 – bermakna pertahanan N9 boleh bocor…tapi serangan mereka ampuh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 Pena Biru October 24, 2011 at 4:02 pm

menarik analisis nie tp apa kena mengena dgn menu 1 malaysia..? haha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 sytecx October 24, 2011 at 2:34 pm

ikutkan rege kat kedai tu boleh tahan la jgk..tp x jauh sgt beza ngan kedai lain pn. lbh kurang same je..tapi makanan mmg syok.cukup rase..tp masalahnye cpt sgt abisnye..kalo tg lmbat sikit jer alamat mmg mkn air suam lar jwbnye

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Hamba Allah October 24, 2011 at 4:04 pm

BAGI AKU LA…. TAKDE BEZA MANA2 PUN… SAMA JER…
AKU KIRA LA… KITA NI TOKSAH DUK PIKIR SANGAT HAL2 MAKAN KAT KEDAI NI…KEDAI BANYAK…MACAM2 PILIHAN ADA.. TEMPAT MAHAL TEMPAT MURAH…TEMPAT KELAS…TAK BERKELAS…
YG PENTINGNYA ..KITA KENA PIKIR KENAPA HARGA LAUK PAUK YG KITA BELI SEMAKIN MAHAL UNTUK KITA NAK BAWA BALIK MASAK KAT RUMAH BAGI MAKAN ANAK BINI KITA TU…GAS MAHAL…GULA MAHAL…TARIF LETRIK …AIR… TOL…AYAM…IKAN…MACAM2…MAKIN NAIK LA…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 don October 24, 2011 at 4:31 pm

murah jgk..aku hari2 mkan kt situ..klu mkan tmpat laen rm10.00..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 NORDINAHMADJAIS October 24, 2011 at 8:15 pm

Pernah minum petang sekali di sini, lebih kurang dua tahun lepas. Makan dalam tujuh orang, tiap seorang makan sekeping roti canai kosong dengan teh tarik, ada jugak yang minum teh ais, kena RM7 sahaja. Maknanya jatuh RM1 seorang. Rasanya restoran ni ada join dengan NGO yang terlibat dalam usaha-usaha kebajikan kot! Terdapat catatan pada dinding restoran berkenaan bahawa sebanyak 30% hasil perniagaan pada hari jumaat disedekahkan kepada golongan yang tidak berkeupayaan. Makan berat-berat belum pernahlah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 undi PAS October 25, 2011 at 9:12 am

sape kata kedai 1 m’sia ialah tmpt rkyt b’pendapatan rndh? aku tngok yg dtg bkn main pakai keta honda cicic 2.0 ada, toyota camry pun ada… ingat tokey kdai nk halau klu diaorg masuk? kdai 1 m’sia ni taktik nk m’perbodohkan rkyat agar sokong BN. idea bagus tp x praktikal.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 PokGuard October 25, 2011 at 11:35 am

xpyh nak mnipu…nasi+ ayam seketul pon da 3 ringgit…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 arialuni October 25, 2011 at 1:08 pm

yg paling best..kat tmpat aku nih..tokey2 kedai xtau yg kedainyer tersenarai..hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 misijantan October 25, 2011 at 2:56 pm

mmg murah laa bg najib, dia punya gaji pn sebulan dh rm55k, xmasuk duit part-time lg…pas tu plak bkn dia nk kna bayar bil2 apa2 pn, rm55k tu dhbersih pn…klu dia punya gaji rm2k tgk, murah kaa mahal?….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Jaja October 25, 2011 at 5:17 pm

Aku rase aku makan kt belakang rumah aku murah gi…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 sakit hati October 26, 2011 at 12:57 am

buat itu salah,buat ini salah.yg membangkang tu ape je yg betul? kalau ada manfaat kat korang,baru nak stuju bila xder manfaat kat korang perghh!! tulis mngalahkan peluru pistol.
kalau tak suka sgt BN mentadbir, lain kali belajar pandai pandai, then masuk politik,ubah cara kepimpinan mereka,ni tak dok menulis buat dosa and jadi bodoh je yg korang tau, dlm dunia ni takde ape yg perfect melainkan Pencipta kita Allah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 pistol October 26, 2011 at 9:29 am

kalau dh tahu manusia ne xsempurna mmg wajib kita menegur sesama kita,yg salah di betulkn,tapi klu dh kita tegur masih xnk terima..jgn nk salahkn tuhan dgn jwapn “manusia xsempurna” klu dh tahu salah jgn nk di kata betul pulak…xpyah la belajar pandai2 klu niat setakat nk berpolitik kotor..yg xterpelajar pn blh nampak apa yg xbetul skrg ne….
renung-renung kn dan selamat beramal.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 sakit ati jugak October 27, 2011 at 9:29 am

btol2…aku tengok org2 mlayu ni, ble krajaan brubh utk rkyat, propa sume..ble pmbngkang, propa jugak..ntah mne ntah btol..cube gak pk +ve..jgn le dok tuding jari je…kalau rse mhl,xpyh beli..klau ade yg rse murh,beli je..ni x,sume dok cndemn..ni la org mlayu..sume ckp xpkai otak..dh mmg mnusia xpnh smpurna, trime je la..mmg yg slh kite tgur, tp ble mnde tu xslh pon cbok nk cr slh supaya dpt tgur,ape kes??kte ni kalau xske,tp ble pk utk ksjhtraan, kite ubh persepsi..ingt sng ke nk jg MALAYSIA yg byk kaum????sume dok ckp pkai mlut..xtau ke,mnde pling tajam adlh LIDAH???pkai akal sikit…ak bce psl kdai 1msia ni pon ak pk, “laa..kdai pulak..” tp nk wat cmne,dh tu cra dier…lau trase nk tgur,tgur elok2…pk dlu sblum tgur..mksud blajar pndai pon ade byk mnde..blajar pndai2, cube blajar AGAMA tu pndai2..blajar cara tadbir negara cra khalifah ke..ni x..ble sbut blajar pndai2, mule ckp blajar pndai pon,tp pkai tktik kotor..pe kes??mmg otak org mlayu cm2 kn..sbb tu xleh ubah..klau xske krajaan, p adu kes kt mane2..dlu ak xske gak Tun M tdbir..mcm2 cter bruk dier..tp ble dier trun, korg xnmpk ke,msia pon org dh xsnjung sgt..ade mnde kite kna stju,ade mnde x..tp rply cra brhemah..jgn trlalu pk -ve je sume mnde…n org mlayu ni jugak pntg psl duit..duit skit,blnje mcm org kaya…pas2 komen mcm2..pas2 mule la cr duit bhgian yg haram..then hati gelap..tu yg tmbul prasangka je..krajaan pon ade silap..sume ade silap..cube baiki..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 sakit hati October 28, 2011 at 3:06 pm

ok la.
bak kata Pistol ” xpyah la belajar pandai2 klu niat setakat nk berpolitik kotor ” , kau pandain membaca ke tidak ni?
aku ckap ” lain kali belajar pandai pandai, then masuk politik,UBAH CARA KEPIMPINAN MEREKA ” bukannya suruh msk politik meneruskan tradisi mereka. aduh, PANDAI betul kau ni kan?
ok ok ok.. 1 more thing, kau tak boleh terima pucuk kepimpinan BN, tapi aku tengok rmai lagi yg menyokong BN,kalau tak takde la BN pegang Malaysia smpai sekarang.
Then,lagi 1 . bak kata Pistol yg bijakpandaisgttt ” .jgn nk salahkn tuhan dgn jwapn “manusia xsempurna” klu dh tahu salah jgn nk di kata betul pulak ” , dlm kontek aku ada ke aku mnyalahkan Allah? tidak kan? aku cakap bnda yg benar. negara mana yg tak pernah ditimpa hujan..kau cite sikit dekat aku.
ok ok ok.nak lebih mendalam ..
Aku nak kau namakan 5 buah negara yang yg TIDAK PERNAH berlaku rasuah,penyelewengan,pemimpin yg mementingkan diri dan menipu rakyat dia? kalau tak boleh bg 5, bg 3 pun takpe la :)
BUT kalau tak boleh langsung ! kau guna otak fikir2 kan la eyh? salam.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 pistol October 28, 2011 at 8:56 pm

kalau dh tahu dlm ssbuah negara berlaku rasuah dn sebagainya,haruskah kita ikut sekali dgn sistem mcm tu xkn xblh ubah?? klu mcm tu xpayah la fikir susah2..just follow je… yg jadi masalahnya jika ada umat islam mcm “sakit hati” ne xdpt nk menerima yg rasuah tu haram!!…jika pembangkang pn yg ambil alih kerajaan skg ne, klu rasuah tetap di gulingkn jgk…yg ko ingat BN sentiasa ada yg menyokong coz semua sama mcm ko gak….xtgk pemimpin,janji blh idup senang kira ok je… wei…klu mati sok,bukn amalan je yg di kira..pemimpin mana yg kamu ikut pn di kira gak…nk ke join saham…_SEKADAR RENUNGAN

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 sakit hati October 29, 2011 at 11:44 am

kau masih lagi tak menjawab soalan aku kan? :)
dapat ke tak kau cari 5 negara yg bebas rasuah,bebas kes jenayah dan segala bagainya? :3
selagi kau tak dpat cari then kau diam diam je la eyh..
sbb kau sebenarnya takde point nak hujah dgn aku. ape yg aku tnye,kau mnyimpang jauh.
*takpayah nak renung2 kan, baca betul2 tu baru betul.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Azam October 26, 2011 at 1:24 pm

Come on la kawan2..orang nk buat baik pun nk pertikai. Lauk Ok. Harga pun ok..

Aku ada cdgn, buat mcm aku, kalau rasa nk jimat, beli roti ngn telur, masak kat umah, n bawak bekal… dari dulu kan mak ayah dah ajar bawak bekal. Kalau terasa nk makan kedai sekali sekala pun xde salahnya. bak kata pepatah orang2 lama..

Ukur baju dibadan sendiri..
dah2..jom kita pikirkan masalah lain

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 Open Minded October 26, 2011 at 3:10 pm

bagi saya kalau agak xberapa mampu buat cara xmampu…mkn jela dgn bajet yg ada..kalau pg kdai 1 malaysia tapi ambik lauk 10 jenis mana nak dtg nyer jimat…kerajaan nak tolong mcm mana pon xboleh..kalau byk duit & nak pegi kedai 1 malaysia pon xde masalah kot…benda2 mcm ni xpayah nak di belit2 kan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Myvitron October 28, 2011 at 8:29 am

Kantin sekolah aku cekik darah.
Nasi goreng + ikan keli goreng + tea ais = RM5.90
Patut fikir-fikirkan lah, kami dok dlm sekolah je, menu pun 2 jenis je dr awal tahun sampai akhir tahun.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 ruzlan October 28, 2011 at 11:41 am

kat subang jaya takde ke restoran 1 mesia ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 pistol October 29, 2011 at 7:17 pm

mmg aku xleh jwb..maklum la sekolah xtinggi…tapi buat ape semua tu?? ko yg bijak pandai cer citer ckit kat sini..mana tau PM terbaca blh gak ubah sikap kerajaan yg sedang bergelombang dosa ne. ke ko yg xsenang duduk jika kerajaan skg ne jatuh…hahaha…. kenapa la ko ne klu ko dh tau BN tu mcm maner wat pe nk ikut lg…klu belum tahu xpe ko bersalah…hahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 HASAD DENGKI October 30, 2011 at 1:34 pm

pada pandangan saya terlalu banyak komen yang mengutuk kerajaan,
siapa yang betul? apa yang kerajaan buat semuanya tak betul, betulkan diri sendiri, kalau rasa nak betul jadilah ahli politik, siapa yang memerintah ikut saja lah, itu tak betul ini tak betul,nama pun manusia semua tak puashati, dibahagi hujan nak panas, dibagi panas nak hujan,
habis yang selalu komen setiap kerajaan buat. nak apa pulak, nak bala,
ingatlah sikit negara kita ni dah aman,kerajaan pun ada fikiran juga,manusia saperti tuan tuan, kita mesti ingat untung kerajaan duit tu tak kemana, balik faedah itu kepada rakyat juga, kalau dulu nak g pulau pinang naik feri, sekarang dah ada jambatan, dulu jalan bengkang bengkok, kerajaan dah buat highway, biarlah kerajaan itu berfikir yang terbaik untuk kemudahan rakyat,kenapa tak kutuk zaman pemerintahan tun abd.razak, nasib baik ada tun abd.razak, kalau tidak kemana orang melayu, akan jadi pendatang di negara sendiri, jasa nya di ujudkan felda untuk selamatkan orang melayu supaya ada tanah dan kebun. ingatlah janganlah kita menuduh yang bukan bukan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 Aliza October 31, 2011 at 4:56 am

setuju dgn hasad dengki…melayu harini ramai melayu x sedar diri…dulu melayu sukar nk membangun tetapi atas usaha kjaan melaksanakan pelbagai alternatif demi kemajuan org2melayu….dulu nk cari melayu yg berumah besar dn berkereta mewah memang susah…tetapi sekarang,…sy sendiri bangga dgn kemajuan org2 melayu…apakah kita tidak bersyukur dgn nikmat ALLAH…?..fikir2kan lah…apa yg kjaan buat adalah utk kemajuaan akan dtg…..bangsa asing akan sentiasa mencemburui kemajuan org2 melayu TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA…tetapi,USAHA KJAAN UTK MENGEKALKAN KUASA MELAYU UTK TERUS MAJU PASTI AKAN LENYAP!!!…jika kita teus bersengketa dn menghina kjaan yg banyak menabur jasa demi kemajuan melayu islam di malaysia…!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 KERIS BERKARAT November 1, 2011 at 12:55 am

kedai 1 m’sia ni karut la. Helah BN je. Mana ade tokey kedai mau main2 niaga. Mau suka2. Mesti mau untung punya. Bahan mentah sume sudah mahal. Ayam 1 kg sudah sampai rm7. Ikan….sudah belas2 wooo. Daging kambing dah dekat 20.00 se kg,Kelapa 1.80 sbij. Gas?. Kalu dia masak pakai kayu api pun kayu tu kena beli juga.. minyak kereta nakgi pasar, gaji pekerja dan banyak lagi la…. kosnya pasti tinggi juga. Nak plk, tokey tu ada pinjaman TEKUN. Lg nak kena bayar tu. Sebab tu dari pengalaman aku la, kita ni makan je la kat mana2 pun. Sama je. Mahal murah bergantung pada jenis lauk yg dimakan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 tukun November 3, 2011 at 1:08 pm

Btul3! Nak murah bela ayam, kambing, lembu dan ikan sendiri, tanam sayur sendiri, tanam padi sendiri, guna kayu api cari kt hutan. G masak kt rumah. Tgk murah ke x..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 zonsantai November 1, 2011 at 9:21 am

betul ke roti canai rm 40 sen je tapi kecik?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 ramun November 9, 2011 at 1:49 am

Bedooh tu semua. aku baru gi kedai tu kat medan tunku. aku amik kambing ngan sayur kacang + air suam. RM4.50. namun still lebih murah dari kedai mamak yg suka cekik darah (read as “cekik leher masa kita makan”) Satu jer aku puji lauk dia sedap.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 remey February 11, 2012 at 11:07 pm

negara dah maju, ekonomi pesat membangun, mkn kat kedai 1malaysia kira ok la, bagi aku ok semua tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 kamal November 9, 2011 at 1:28 pm

satu je yg buat aku tkejut mase mkn kt sini..aku ambk nasi dgn ayam =rm3 tu dh kire murah dh..lps tu bile cmpur air kosong sgelas trus jd rm3.90..air kosong 90sen sgelas..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 terkono November 24, 2011 at 11:38 pm

aku bukan nak cite pasal makan la tapi kumpulan ukhwah tu sume penipu….islam pada nama tapi isi dalam adalah yahudi…aku terkena pasal loan ngan ukhwah…pinjam rm130k dapat rm100k..tapi bile check pinjaman diluluskan rm130k…maner g 30k lagi…pastu aggrement dah setahun x bagi kat aku…cam lahanat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 Kami Keliru January 13, 2012 at 1:24 pm

harini kami pergi ke reatoran rakyat ukhwah di Petaling Jaya. Kami berempat,masuk2 dah nampak ‘self service’..ok la tu..cepat senduk nasi sendiri..takat 2senduk..tgk lauk..amik la ikan ngan ulam..terus duduk..waiternye dtg kira harga. Mintak order air,sy tgk keliling sign board hg air pun xde. order je la air suam.. terus die tulis dan selit kertas kat tepi pinggan(siap berlipat lg tuuu). sy berhenti mkn dan terus tgk..RM4.20! Kwn2 lain:
a) nasi separuh + ikan + ikan masin + milo panas = RM 5.20
b) laksa asam + milo ais = RM4.90( OK LAA )
c) nasi + ulam + ayam kicap + teh o ais = RM 7.20!!

Disini kami nak tahu,celah mane 1Rakyatnye? kalau iyapun harga hanya pada lauk tertentu,kenape tidak ditekan lauk ape? sayur ape?air ape?nasi brape butir????? mengenakan rakyat ade la..baik mkn kat warung2 tepi jln..lg 1MALAYSIA!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 cordy February 26, 2012 at 10:08 am

harga 1Restoran utk sebahagian lauk saje…

nk murah tp nk rasa makanan mcm KFC+McD…mmg xdpt la..
wahai rakyat malaysia…jgn melebih2 wakakkaka

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 pingbusuk April 13, 2012 at 10:08 pm

skrg korang pkr harga ayam seekor berapa??kalau seketul 1.5×8 ketul jumlah RM12.00 lepas modal ayam daripada dulu sebelom ada menu rakyat 1 malaysia ayam seketol 3.50+++ kira ada yang jimat so jgn bnyk bunyi..korang try bukak kedai makan cuba rasa pengalaman jgn pikir diri sendiri…sikap mcm nie la yang buat negara kita huru hara cuba la pkr dari segi positif skit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 elmi May 3, 2012 at 12:29 pm

Memang saya setuju kita kena makan ikut bajet, ikut kemampuan. Tak mampu makan ayam, makan telur. Kalau tak mampu jugak makan sayur je.

Tapi itulah masalahnya, purchasing power rakyat Malaysia makin menurun. Lama-lama apa lagi yg kita mampu makan?

Orang yg mula bekerja zaman 80 & 90an, walaupun kerja cikgu kelulusan diploma, mampu sara suri rumah & 6 anak. Ada rumah teres 2 tingkat, kereta biasa2 mcm Wira etc. Hidup pun gaya sederhana. Makan & pakaian cukup. Kerja pun tak sibuk sgt.

Sekarang laki bini yg ada degree, kerja sbg eksekutif & hari2 balik malam, belum tentu boleh sara lebih dari 2 anak. Rumah pun silap2 dah umur 40 tahun baru mampu beli apartment murah atau flat. Ambik hutang kereta maksimum 10 tahun. Makan pun pun kena cari restoran 1Malaysia..kalau mahal jugak terpakse la makan telur atau sayur je atau puasa je terus.

Kita semua kena bersyukur dgn rezeki yg Allah bagi. Tapi yg tak sedapnya tgk kerajaan kita selalu gah kononnya ekonomi Malaysia berkembang pesat setaraf dgn negara2 maju, tapi rakyat nak makan lauk ayam pun dah tak mampu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 pengiran anak adam pengiran tun azzahari March 24, 2013 at 1:04 am

dah cukup la gaduh2 saya nak makan.

stik+coke+salad+scone=rm70++

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: