BREAKING NEWS : Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Terbaru : SEMAK BERITA SINI


Kerajaan Melaka Bantu Tukar Alamat Pelajar IPT Menjelang Pilihanraya Umum ke 13? Kos Ditanggung!!

by Staff Berita Semasa on April 23, 2012

Jika mana-mana daripada anda merupakan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Melaka dipelawa untuk mengundi di parlimen Bukit Katil menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang. Masalah alamat tak sama dengan tempat mengundi?

Tiada masalah sebenarnya, kerana Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menguruskannya penukaran alamat bagi membolehkan anda mengundi di Parlimen Bukit Katil, Melaka untuk buat sementara waktu sahaja. Kos penukaran alamat? Kos menukarkannya akan diselesaikan sendiri oleh kerajaan Negeri Melaka. Ini hanya untuk sementara waktu sahaja yang akan digunakan untuk tujuan pembuangan undi semasa Pilihanraya Umum ke 13 kelak.

Keputusan Pilihanraya Umum 2008 – Parlimen Bukit Katil

Berdasarkan keputusan Pilihanraya Umum ke 12 (2008), Datuk Md Sirat (Barisan Nasional) hanya menang dengan majoriti sekitar 1,700 undi sahaja. Dan dilaporkan keadaan sekarang sudah berubah dah kritikal ketika ini. 50-50. Apa yang ditakuti sekarang jika Cina berjaya mengambilalih parlimen tersebut. Setakat ini di Melaka, DAP berjaya mendapat satu kerusi parlimen iaitu Parlimen Kota Melaka. Dan di Melaka, DAP berjaya merebut beberapa kerusi dun tumpuan di Melaka termasuklah Kota Melaka dan Ayer Keroh.

Yang pastinya, memang tiada laporan melibatkan unsur-unsur paksaan setakat ini. Cuma pelajar IPT diberikan pilihan menjelang hari mengundi semasa Pilihanraya Umum kelak. Begitulah antara bait-bait kenyataan yang diberikan oleh Muhammad Asri Yaakub (MPP UTEM – Exco Perhubungan Antarabangsa & Korporat) merupakan anak kepada ADUN Sungai Udang (Melaka), YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin berdasarkan video yang sempat dirakam baru-baru ini seperti di bawah ini :

height=”315″>

  • Yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan penukaran alamat adalah, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato’ Othman Mohamad
  • Kerajaan negeri akan menanggung kos penukaran alamat pada kad pengenalan sebelum dan selepas Pilihanraya Umum ke 13
  • SPR dan JPN akan membantu melancarkan proses ini

Dan kerajaan melaka sudah mengeluarkan kenyataan dan tampil menjelaskan isu ini :

Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Mohamad mengakui wujud gerak kerja untuk menukar alamat tempat pengundian pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri Melaka. Beliau yang mengetuai gerak kerja itu berkata, ia bertujuan bagi memudahkan pelajar terbabit untuk mengundi sekiranya pilihan raya umum ke-13 dijalankan bukan di dalam cuti semester.

Jelasnya, perkara itu turut dilaksanakan di negeri lain, termasuk negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor bagi memberi peluang kepada siswa terbabit menunaikan
tanggungjawab itu.

“Perkara ini dilakukan setelah menyedari pada PRU ke-12 tahun 2008 lalu, lebih 2,000 siswa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu kerana tidak bekesempatan pulang ke kampung halaman masing-masing. ”Menyedari perkara ini, mulai Januari hingga Mac lalu, kami telah menjalankan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar terbabit di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini sebagai menerangkan perkara ini supaya tidak timbul salah faham.

“Kebanyakan daripada mereka sudah pun membuat pendaftaran memilih di kampung halaman mereka justeru sebagai memudahkan urusan ini kita telah pun mendapatkan kerjasama daripada pihak Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya. (Sumber : Malayskini)

P/S : Ini di Melaka, bagaimana pula di tempat lain?


{ 23 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Adi Hanif April 23, 2012 at 10:44 am

Adoi..dah dekat PR ni macam-macam gejala aneh berlaku!
Mentang-mentang lah ada kuasa.

Tapi akharnya yang benar tetap akan diangkat..lambat atau cepat sahaja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Mansor April 23, 2012 at 10:54 am

tahniah datuk ali kerana bantu pelajar melaka tak perlu balik semata untuk mengundi. Jimat sikit belanja. Tapi pelajar dapat tunaikan tanggungjawab kepada negara.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Kesian April 23, 2012 at 11:00 am

patutlah dapat jadi MPP, rupanya ada kabel besar
senang rupanya kt malaysia ni ye nak dapat jawatan tinggi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 sam April 23, 2012 at 11:33 am

buat malu org melaka jer wehhhhh….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 ustaznizam April 23, 2012 at 12:26 pm

bangga dengan kepimpinan BN Melaka. Harap undi BN dapat ditingkatkan. IPTA lain juga diminta contohi hal ini, barulah semarak dakwah Islam dapat diperkemaskan. Terutama Shah Alam, 40 ribu graduan UiTM diminta undi BN, pasilah Shah Alam dapat dikelmbalikan ke parti yang hak, iaitu BN.

Siswa yang enggan menyokong BN x perlu diberi PTPTN, kerana x setia pada negara dan ulul-amri

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 felix April 23, 2012 at 12:47 pm

ulul amri takkan mengangkat arak, judi, nombor ekor pada tempat tak sepatutnya ustaz…. bagi ler hujah bab benda ni berdasarkan al quran.
satu lagi, ulul amri ker yg ikut udg2 barat yg tak dpt nak tegah murtad sekarang ni?
byk lagi benda2 asas yg ‘ulul amri’ ni lum dpt buat epecially bab aurat (terutamanya isteri) ustaz….ustaz

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Malassia April 23, 2012 at 5:23 pm

dia bukan ustz blagak mcm ustz je…hobi dia blow job menteri2 bn dan part time gigolo datin2 yg gersang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 natural April 23, 2012 at 1:26 pm

hahaha…takut lagi mkn diri jer lah…silap2 datuk md sirat lgsg x dpt undi majoriti…sebelum ni menang tipis tp kali tkut kalah teruk…konpom ke student2 tuh nk pangkah BN??kiter tgkkan jerlah…tgk rezki saper nnt…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 ustaznizam April 23, 2012 at 11:58 pm

maafkan saya..abg najib dh bg mlm td..terpaksa bg komen spt diatas..admin tolong delete ye..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 felix April 23, 2012 at 12:40 pm

Kalau org nak wat BERSIH, diorang bising. Bila hal2 mcm ni tetiba kantoi, mcm2 alasan. Apapun, matlamat tak menghalalkan cara. Lau org terlibat bawa kes ke mahkamah sbb pindah nama/alamat tanpa kebenaran, siapa salah? Kpd SPR, tolong jaga benda2 mcm ni dpd berlaku. Wat ler keja cara profesional. Tuk student tu, apa kes. Kalau they all betul2 bertanggungjwab, they all akan balik. Jgn ler bagi apa2 alasan. APA ni, BN Melaka dah weak battery ker? Tuk big boss BN (Tuk Jib), buang jer mrk ni. Awal2 kempen BN dah LEMAH. Jgn ler takut dgn byg2 sendiri. Kpd semua pihak berkenaan, nak PIMPIN negara ni kerja BESAR. amanah pun BESAR. Kalau awal2 dah nak tipu, lepas tu kempen tentang KEISLAMAN, buat malu jer. Nanti jumpa TUHAN nak jawab apa? Apa pun, moga2 SPR gunakan kuasa dgn sejujur dan seamanahnya. Jgn takut puak2 mcm ni. You all suruhanjaya DIRAJA. Kalau boleh sesiapa nak cdg bebenda cam ni tanpa bagi tahu SPR, batalkan penyertaan mrk dlm PRU nanti. Ye-lah, awal2 tak jujur. Tanding ler cara betul. Harap2 PRU kali ni akan melahirkan PEMIMPIN bukan sahaja berjiwa rakyat malah terpenting PEMIMPIN yg soleh dan solehah yg mengambil tanggungjawab ini sbg satu amanah maha berat dan bukannya landasan mendapat keuntungan dunia. Ambillah contoh kepimpinan Saidina Umar al-Khatab. Tu lah dunia, satu jari telunjuk salahkan org, tanpa sedar jari2 lain tunjuk kat batang tubuh sendiri. SATU LAGI yang pelik, kalau takut bab CUTI tak sesuai, wat jer pilihanraya time cuti semester. Kan ker yg bagi tarikh tu org sendiri (PM)…..macam2. Idea pun macam budak tadika!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 valuation April 23, 2012 at 1:10 pm

Adoi mak, berdasarkan cite nie, poning la kepalo nie. Kesian bebudak kat u nie. asyik kena tarik tali ajer. tak ikut karang kena buang pulak. adoi mak.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 natural April 23, 2012 at 1:28 pm

kan pokcik valuation kan…bebdk u ni sering disalah gunakan oleh puak politik…sama jek dua2 pihak saya tgk…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 ex utem April 23, 2012 at 2:17 pm

utem memang terkenal dengan campur tangan politik yang teruk kat sana….ha, sekarang dah kantoi
boleh pulak nak spin lagi tu
buat malu je aku dulu belajar kat sana

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Aku Budak UTM April 23, 2012 at 5:14 pm

Eleh.. malu konon. Score ke tak dulu?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Kuntao April 23, 2012 at 2:21 pm

saya pernah bersembang dgn bekas pengarah pilihan raya negeri…
katanya dia tak pasti macam mane bole ada kesilapan tempat mengundi, terdapat 2 tempat mengundi.. boleh undi pos & undi pilihan raya…

aku rasa org atasan yang mainkan peranan ni… walaupun suruhanjaya.. tapi masih menerima arahan kebinet…

kalau tanye mane2 pegawai spr, mmg diorang tak tau pasal semua kesilapan tu… mesti ada tangan ghaib kot..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 MAMAT April 23, 2012 at 4:54 pm

sifat PKR ,,, bila menang bangga sampai kembang hidung,bila kalah bising duk salahkan penyelewengan spr…itu lah org yang tidak bersyukur…bila dah menang dan dapat tawan negeri selangor masih tak puas hati nak tawan negara pulak sambil duk salahkan SPR lagi….tggu pru 13 nanti, PKR PASTI DAN AKAN ditumbangkan oleh rakyat2 selangor…PKR yg baru usia setahun dan perjuangannya berlandaskan dendam kesumat anuar tahun 1998 hidup kerana mempunyai wang dan kuasa kerajaan selangor sahaja berbanding DAP dan PAS mempunyai sejarah yang panjang dan juga semangat juang yang tinggi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Hang Tuah April 23, 2012 at 5:08 pm

hawau betul orang melaka. Kerajaan dah bg macam-macam. negeri melaka pun dah banyak berubah. itu pun ada hati lagi nak undi DAP. Sakit hati betul aku tengok DUN aku si DAp pegang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 pala April 23, 2012 at 5:23 pm

pala punya melaka……….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 mansor rejab April 23, 2012 at 7:16 pm

matlamat menghalalkan segala……lu pikir laaaa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 ustaznizam April 24, 2012 at 12:02 am

tukar..jgn tak tukar..kroni2 BN atau nasib anak bangsa pilihan anda?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 eddie April 24, 2012 at 7:59 am

saya nak tukar mengundi di putrajaya boleh ker….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 org bandar April 24, 2012 at 8:34 am

janji bukan umno memerintah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 kube April 24, 2012 at 10:44 am

puak puak munafik akan berusaha apa sahaja utk mengekalkan kekuasaan mereka..kalau mereka tumbang sampai ke lubang cacing korupsi mereka akan terbongkar..bak kata pepatah..alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..pru13 adalah pru yg akan menjadi paling kotor dlm sejarah pru malaysia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: