Penamaan calon sudah pun selesai, hari berkempen telah pun ditutup pada 12 tengah malam tadi, sekarang ini ramai yang menantikan keputusan pilihanraya Sibu. Siapa yang menang kerusi parlimen (P212) Sibu ini? Adakah Robert Lau Hui Yew-SUPP (BN) atau Wong Hong Leng-PR (DAP)?
- Kawasan Parlimen Bandar Sibu P212 mempunyai 53,679 pengundi berdaftar yang terdiri daripada majoriti pengundi Cina (60 peratus) diikuti oleh kaum Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
- Mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew memenangi kerusi tersebut undi setelah menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang pada PRU ke-12 dengan majoriti 3,235.
- Mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew(BN) memperolehi 19,138 undi manakala Wong(DAP) mendapat 15,903 undi dan Lim(PKR) 812 undi.
Update Kiraan undi - Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu (Pukul 9:00 malam) :
- DAP: 18,570
- Barisan Nasional: 15,980
- Calon Bebas : 201
- Majoriti Undian: 2,590
Undi pos masih belum dikira. Setakat ini (pukul 9:00 malam) sebanyak 110 daripada 110 saluran undi telah pun dikira.
Peti undi Ilir, Dun Nangka (undi melayu) dan undi pos sebanyak 2809 belum dikira yang semestinya menjadi menjadi penentu, samada kem Barisan Nasional mampu mengekalkan kerusi atau keputusan pilihanraya Sibu memihak kepada DAP (Pakatan Rakyat).
Update (Pukul 9:12 malam) Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu akan diumumkan pada bila-bila masa daripada sekarang oleh pegawai SPR yang bertugas.
Update (Pukul 9:30 malam) Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus. Bernama sebelum ini melaporkan 59.86 peratus keluar mengundi hari ini
Update (Pukul 9:44 malam) Para Pemimpin BN meninggalkan Dewan Suarah, menandakan BN kalah manakala Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira. Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu masih belum diumumkan secara rasmi oleh pegawai SPR
Upadate (Pukul 9:50 malam) Keputusan Pilihanraya Sibu secara tidak rasmi selepas dicampur dengan undi pos adalah seperti berikut :
- DAP – 18,657 undi
- Barisan Nasional – 18,267 undi
- Majoriti Undian – 390 undi
Update (Pukul 10:15 malam) Okey, sementara menunggu keputusan pilihanraya kecil Sibu secara rasmi, kita semak semula statitik dan data pengundi pos mengundi tempoh hari, suratkhabar termasuk NST, The Star, Utusan dan Berita Harian melaporkan ada 2,537 pengundi pos berdaftar bagi Parlimen Sibu. Tetapi ada berlaku pertikaian kenapa sekarang diumumkan masih ada 2,809 undi pos belum dikira. Yang 200 lebih undi pos tu datang dari mana?
Rujukan /Sumber : Sila lihat sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm
Petikan dari artikel Utusan Malaysia tersebut: “Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar iaitu 52,158 adalah pengundi biasa dan 2,537 undi pos yang merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.”
Update (Pukul 11.00 malam) : Keputusan bagi undian pos secara rasminya.
- Barisan Nasional : 2323
- DAP 70,
- Bebas : 36
- Jumlah undian pos : 2827
- Undi rosak Rejected: 208
- Unreturned: 190
Update (Pukul 11:05) Akhirnya inilah Keputusan Pilihanraya Kecil Sibu (Secara Rasminya) selepas hampir 2 jam setengah tertangguh.
- DAP : 18845 undi
- Barisan Nasional : 18447 undi
- Majoriti : 398 undi


{ 25 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
habisla…ko BN. :tembak :tembak
DAP MAIN TEKTIK KOTOR…
Aku tengok TV3 suku tadi, macam takde pulak pilihanraya Sibu. Masa Hulu Selangor bukan main lain. :gelak :ketawa
dah konpem ker ni? Mesti besok keluar paper
BN kalah bermaruah :phwitt
PERGH…LAMBAT GILER ANNOUNCE SPR NIE
TAKUT KER? ABISLA….BIBIK MAMA (ROSMAH MANSOR). NAJIBUYA.
aah. Patut dah umum. Berapa kali mau recount da. Banyak konar SPR+BN. kalau pembangkang lambat nak umum ye. :marah
SURUHANJAYA PENIPU RAKYAT MEMANG BANYAK DALIHNYA
Sibu memang kawasan Cina. Treand sekarang Cina sokong pembangkang
tAniah lah kepada pengundi si SIBU kerana tidak termakan “rasuah” najib..
sekian.
Tak pelik sebab kerajaan dan SPR mengamalkan gerrymandering iaitu pembahagian kawasan parlimen yang tidak adil. Contohnya, kawasan A dan B sama2 ada 100 ribu pengundi setiap satu. Tapi dari keputusan piihanraya lepas, pengundi kawasan A lebih cenderung mengundi DAP dan kawasan B pula ramai mengundi BN. Jadi, untuk pilihanraya seterusnya, kawasan A diperuntukkan satu kawasan parlimen dan kawasan B pulak dibahagi kepada 5 kerusi parlimen. Nah, dengan sekelip mata aje, tanpa penambahan pengundi atau kempen luar biasa, BN berpeluang dapat 4 kerusi tambahan. tapi jumlah orang yang mengundi dia sama aje.
Contoh real life ialah kawasan2 parlimen di WP Kuala Lumpur. Sebelum 2008, Lembah Pantai, Segambut, Titiwangsa dan Setiawangsa semuanya kawasan BN menang manakala kawasan seperti Seputeh, Bkt Bintang dan Kepong adalah kubu kuat DAP. Jika dilihat, kawasan2 tradisi BN sebelum 2008 rata2 cuma ada dalam 50 ribu pengundi manakala kawasan2 DAP pula ada 60 hingga 70 ribu pengundi atau lebih.
Misalnya, parlimen Seputeh (Teresa Kok – DAP) ada hampir 77 ribu orang pengundi dan majoriti mengundi Teresa (lebih 35,000 majoriti, masuk Malaysian Book of Records). Kalau kawasan2 parlimen dalam WPKL di bahagi sama rata ikut jumlah penduduk, alamatnya DAP akan dapat beberapa kerusi parlimen lebihlah. Putrajaya yang cuma ada tak sampai 7 ribu pengundi tapi kebanyakannya civil servants dan mengundi BN layak sebagai satu kerusi parlimen. Kalau ikut kiraan gitu, Seputeh layak dapat lebih 10 kerusi parlimen dalam kawasan Seputeh tu je.
Ini bermakna undi rakyat Malaysia di Putrajaya jauh lebih berkuasa dari undi rakyat Malaysia di Seputeh, lebih 10 kali ganda gitu. Demokrasi sebenar tidak membenarkan perkara ini.
P/S : BN tinggal kenangan. Geram betul dengan SPR (kuda tunggangan BN). Semua rakyat Malaysia dan dunia luar tengah menyaksikan kebodohan mereka. Silap r nak memperbodohkan kami semua.
:tembak kalo BN menang besar…cnform tadi dah umum….kalo pembangkang menang…mmg lambat..Timb.P.Menteri2 :gelak ramai dah balik…. :lambai
Mat tempe. Nak mencelah sikit. :senyumkambing . Macam dalam parlimen pulak. Dari segi Perlembagaannya, benda tu kira tak ikut semangat Perlembagaan la kan?
Sebab dalam Perlembagaan, setiap rakyat memiliki satu undi. Tapi kalau macam kat Putrajaya tu, cuma ada tak sampai 10 ribu orang pun boleh menentukan 1 kerusi Parlimen, tapi Seputeh yang ada dekat 80 ribu orang tu pun cuma boleh tentukan 1 kerusi Parlimen, maknanya frasa “setiap orang satu undi tu tidak lagi tepat”…
Yang betulnya, 10 ribu orang di Putrajaya mempunyai kuasa undi yang setara dengan 80 ribu orang di Seputeh. Boleh kata orang Putrajaya mempunyai 8 undi, bukan lagi satu…
Yang faham benda ni, faham la. Yang tak faham, takpe la. Moga Allah memberi pencerahan pada kita semua… :ejek
BN = Banyak Nipu
klu nk tau sape kalah n mng, sng je..agak2 lmbt je umumkn, cnfirm pembangkang menang.
BN :tembak BN :tembak
:duit <<Najib
:marah <<Muhiddin
:serabut <<Ibrahim ali
:ketawa :gelak :ketawa :gelak :gila <<< Saya
apa lagi take beerlah orang pakatan. Kuda tunggangan ko menang tu :ketawa :gelak
org tak kisah kalau kalah tu, tapi kalau terang2 mcm ni betapa busuknya SPR tetiba jer kata undi pos bukan ikut yg asal, keputusan tetiba delay, tu nampak sangat ler
hanya org tak ada akal jer kata tak menipu. Pe2 pun. Perubahan di Sibu bermulah kejatuahn BN di Borneo. result PRK Sibu memihak kepada Pakatan. :tepuk
memang spr nih BN dah beli la…ade ke patut kul 11mlm baru nk anounce BN kalah. anounce la awal2. najib tu nak tido awal. sok nak kne jawab pemberita2 nanti
Hoi, sebab ape sume orang kutuk BN, aku pun dah terpenggaruh jugak dengan PR, dulu aku sokong jugak BN, bila Anwar difitnah , aku dah tak sokong BN lagi, bila difitnah kali yg kedua, bukan saja aku, kaum kerabat aku semuanya lagi menyampah dengan BN, inilah bahananya fitnah.
mudah2an BN sedar kesilapan mereka.
BN kalah nyabung di sibu. orang sibu tak makan rasuah tok uban pulang empungas kering. najib tolong bawa banyak sikit duit kalau nak menang :gelak :ketawa :senyumkambing :ejek :tepuk
hahahha bn kalah…org sekrg dah xmcm dulu lagi…BN=bodoh najib
wong ho leng3x :tepuk ..huhu..wlupun menang dgn majoriti kecik DAP tetap menang,,,padan muka BN nk pncing pun jgnlah nmpk sngt….nk bawa isu banjir konon…dah brpuluh tahun sibu bnjir knpa bru skrng nk BELA..klu btul2 ikhlas dh lmk dh tk pyh tgu plhnraya….ini tdk smggu lg nk plhnraya brulah nk bwa isu yg dh berpuluh tahun..PAK kempen ni pun satu hal nmpk sngt hnya org dri krjn pusat je sibok kmpen sana sni…mana komponen2 bn srwk yg lain tk nmpk pun kmpen klu adapun dua tiga kerat itupun ikut celah2 kangkang org krjn pusat yg tgh buat kempen…..pdn muke klh… :ketawa :gelak …..DAP :gelak :lambai ..BN :nangis :malu
padan muka BN kalah…….ckp saja besar…….semua masalh BN nak tangani…….nak memancing tue biar betul woi……………
:ketawa pada padan padan dgn muka BN kalah………tulah la ya………mala jak nyiar pembangkang kuar parti,ngutuk pembangkang.agi asa…………………..padan muka NAJIB si PM ya……… :tembak :tembak :tembak :tembak :setan :setan
ok. ak pon x tau yg BN kalah hr 2. mmg x kuar berita la pulak. pandai dieorg nak cover. tp ak risau kt DAP ni. coz dieorg parti serpihan PAP singapura dan ahli mejoriti cina. kita asal negara melayu, kenape nak sokong DAP? ak x bermaksud nak soh sokong BN. ak pon menyampah ngan dieorg, poyo gile. tp pikir2 kan lah. jgn smpi kite jd cam singapura, cina yg jd pemerintah. melayu mulut kene tutup even pasukan khas dieorg pon x nak org melayu. sekrg cina da pegang ekonomi, ak takot kalo dieorg pegang kuasa, mmg habis la. gi la memane pekan atau bandar, mejoriti dieorg kan? kite jd pekerja ade la.
jangan kita jd seperti dulu, jepon memegang selogan asia tok org asia, kite pon lelaju sokong jepon usir british. bila jepon da menang, kite merana lagi dasyat dr british.
sejarah palestine/israel pon x banyak beza cam kita. dulu dieorg(yahudi) di bawa oleh british tok jd imegrin kt sane, pas da selese, dieorg halau je penduduk palestine ngan bantuan negara barat dan dana yg disalurkn oleh keturunan yahudi. mejoriti dieorg buisness man yg kaya maka terbentuklah negara israel.
dulu kita hampir jd cm2, tp dieorg wat perkiraan yg salah. dieorg sokong komunis. kalo mase 2 dieorg teros sokong british, mmg dah sah2 la malaysia x terbentuk.
so dlm hal2 ni, nmpknye kite cam jd kearah 2 je. ak berharap sgt2 yg kita x jd cam negara2 di atas. terlajak perahu boleh diundur, tp silap pilih, buruk padahnya.
saudara2 ku, bersatulah bukan hanya dibawah polotik, tp bersatu sebagai orang islam dan melayu.
ak bkn nak jd rasis, cume nak nasihatkn. jgn terlalu berbangga dgn kaum laen. kalo kita berani dan berusaha, pasti kite pon bole berjaya cam dieorg gak. dan hapuskan sifat mengharap apa yg negara nak bg kt kita, tp kita yg nak bg kt negara. org kita gagal kerana ingin cepat kaya dan kuasa. pikir2 kan
oo.. lupe, ak bkn pekerja, ak peniaga. banyak yg ak nmpk dlm 2 dan mejoriti org2 kita mengeluh coz dipermainkn oleh dieorg. ak pon x penah tulis blog. gi niga lg best ble dpt duet.
kebanyakan yg ak nmpk, org berniaga lebih cenderung nmpk ape yg berlaku kt malaysia dr org berkerja. dan mereka pon risau ngan hal2 ni.
ak cintakan islam dan malaysia..
sekian… kalo ade kesalahan kt memane, maaf ye. sila tunjuk.