BREAKING NEWS : Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Terbaru : SEMAK BERITA SINI


Kadar Zakat Fitrah 2010. Baru!!

by Staff Berita Semasa on August 3, 2010

zakat-fitrah

Biasa faktor kenaikan kadar zakat fitrah bergantung kepada perkembangan semasa yang mana merujuk kepada harga beras yang terdapat dipasaran. Kelantan sudah umum secara rasmi mengenai kenaikan diumumkan baru-baru ini. Kalau tiada perubahan merujuk kepada kadar pada tahun 2009, mungkin kadar zakat fitrah 2010 untuk setiap negeri adalah seperti di bawah ini :

KOTA BHARU 3 Ogos – Kadar zakat fitrah di negeri  ini ditetapkan RM7 tahun ini, meningkat 10 sen  berbanding RM6.90 tahun lalu. Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan  Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk  Kamaruddin Mohd. Zin berkata, penetapan kadar  zakat fitrah itu mengambil kira harga semasa  beras. Beliau berkata, bagi tujuan itu Maik telah melantik  seramai 571 amil terdiri daripada para imam, bilal  dan pegawai agama di kem-kem tentera, polis  serta pusat-pusat tahanan.

“Kita menjangkakan kutipan zakat fitrah pada  tahun ini sebanyak RM7.5 juta berbanding RM7.3  juta pada tahun lalu,” katanya kepada pemberita di  sini, hari ini. – Utusan

Berikut jumlah bayaran zakat fitrah bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2009

  1. Selangor – RM7
  2. Pahang – RM7
  3. Perak – RM 7
  4. Kedah – RM7
  5. Pulau Pinang – RM7
  6. Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
  7. Johor – RM5 (Beras biasa/beras hancur) dan RM7.50 (beras wangi)
  8. Sabah – RM6.60 —>RM6.80 *
  9. Negeri Sembilan – RM6.50
  10. Melaka – RM6.30 —> RM6.50 *
  11. Sarawak
  12. Perlis – RM6
  13. Wilayah Persekutuan & Labuan- RM7
  14. Kelantan – RM6.90 —> RM7 *

NOTA : Untuk Tahun 2010 (*). Negeri-negeri bergantung kepada perubahan. Kalau ada info terbaru tentang kadar zakat fitrah setiap negeri, kongis-kongsikanlah di sini

Untuk berkenaan isu zakat ini, saya suka untuk kongsikan tazkirah yang disampaikan oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) berkenaan zakat.



Cadangan saya supaya zakat yang berjaya dikumpulkan pada tahun tersebut, dihabiskan sahaja pada tahun seterusnya. Bukan simpan dan diperap seperti dalam ASB atau Tabung Haji. Tahun berikut kutip lagi dan kemudian habiskan untuk disalurkan kepada golongan yang “berhak”. Begitulah seterusnya.

kadar-zakat-fitrah

P/S : Pelarasan oleh JAKIM yang mana satu gantang atau 2.7 kilogram beras.

PP/S : Saya tak ambil kisah sangat pengumuman berjuta-juta mahupun peningkatan kutipan zakat fitrah pada tahun-tahun tersebut, yang lebih saya suka bagaimana zakat tersebut diuruskan untuk disalurkan kepada golongan yang layak. Itu yang lebih penting. Nah ini salah satu contohnya apa yang berlaku :

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos — Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat. BERNAMA


{ 14 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 anonymous August 4, 2010 at 8:26 am

salam,
saya cdgkan setiap instittusi zakat or yang berkaitan dgn pengagihan zakat perlu memberi laporan yang terperinci tentang pengagihan zakat tersebut dan menyenaraikan siapa yg menerima zakat tersebut…mybe boleh dibentangkan dlm perbentangan bajet setiap thn…supaya org umum tahu bahawa zakat tersebut diagihkan dgn sepatutnya…sepatutnya,pada pdpt sy la…rakyat negara malaysia tidak ada yang miskin cz kta sbg umat islam tlh menjalankan amanat allah ini dgn sepatutnya…tetapi kenapa skrg ni msh ada miskin tegar?sy xphm…so dgn adanya laporan ni kta tau yang pihak pengurusan zakat buat kerja mereka..mybe kta boleh bg modal utk org miskin ni berniaga n bg tmpt utk diorg berniaga…or tanah utk diorg bercucuk tanah…jgn pulak tanah yang menjadi hak kerajaan dijual pulak kpd org yg tak sepatutnya..
sy pernah terdengar yang rakyat brunei yg ingin membayar zakat…diorg akan dtg ke miri utk membayar zakat cz negara beliau boleh dikatakan tidak ada yg layak menerima zakat…itu yang sy dgr la…tak tau la plak sejauh mana kebenaran nya…jd moralnya disini..wang pungutan zakat sepatutnya dpt dirasai oleh org yang sepatutnya tanpa tercicir seorg pun…
bg sesiapa yg ada info psl benda ni…boleh bg feedback…sharing is caring

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 atoey August 4, 2010 at 8:17 pm

Hairan-bila bab zakat,mesti dalam kepala ingat zakat fitrah saja.Walhal ada banyak lagi zakat yang wajib dibayar.Mungkin tak sabar nak raya kot.
Bayangkan lah-kalau semua penganut Islam kat Malaya ni bayar semua jenis zakat yang diwajibkan tu.
-takut nanti ada yang songlap pulak ye-
hahahaaa Malas nak komen hahahaaa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 mr. malek August 9, 2010 at 5:07 pm

bayar zakat fitrah sebelum solat sunat hari raya aidilfitri adalah waktu yang paling afdhal
tak payah nak beli beras
…kasik duit je, tentunya bukan rm7 kan…kalau satu family 7 orang dah jadi rm49, cukupkan aje la jadi rm50…cerah sket masa depan mereka dapat dapat duit d pagi raya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Miss Nirah August 9, 2010 at 8:16 pm

kadar fidyah lak camna??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Pak Awang August 10, 2010 at 7:11 am

Miss Nirah:
kadar fidyah lak camna??  

fidyah selalunyer xlebih dari RM2.00 untuk 1 hari yang tertinggal tu..
2 tahun lepas RM1.70 kalau x silap..
kalau nak pasti lagi tanyer jer amil yang bertugas tu nanti..

Bayaran fidyah mengikut konsepnya adalah berdasarkan nilai beras tempatan yang dimakan oleh masyarakat umum. Namun sekiranya kadar tersebut dinisbahkan kepada beras yang tinggi nilai dan harganya mengikut pemakanan individu adalah lebih afdhal dengan syarat tidak kurang harganya dari harga beras umum.
(sumber – http//:zakat.com.my)

Tak ada salahnya berlebih-lebih dalam membuat kebajikan.. tambah pulak bab zakat fitrah ni..Takkan la nak sedekah sikit pun tak mau..

Kalau nak tau pi mana bayaran-bayaran zakat tu, sila masuk laman web badan pemungut zakat negeri masing-masing.. dalam tu nanti dia cerita ke mana agihan zakat dibuat.

Kalau tak puas hati, boleh query kot kat badan2 zakat ni…
Salama Ramadhan buat semua..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 adiksb August 10, 2010 at 8:57 am

alhamdulillah, ramadhan datang lagi. zakat adalah tuntutan ugama kita tetapi adakah kita pernah fikirkan tentang keluarga yang besar seperti cth: seorang pegawai gaji rm3000, isteri surirumah dan anak 5. bukan fakir tetapi dengan segala cukai yang perlu dibayar setiap bulan, harga barangan naik, tol, bayaran pinjaman rumah, kereta, duit sekolah anak, duit bas sekolah, belanja anak. selepas potongan gaji(cukai berkala, zakat, epf, insuran) rasa2nya cukup dan adil ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 findink August 10, 2010 at 9:58 am

adiksb:
alhamdulillah, ramadhan datang lagi. zakat adalah tuntutan ugama kita tetapi adakah kita pernah fikirkan tentang keluarga yang besar seperti cth: seorang pegawai gaji rm3000, isteri surirumah dan anak 5. bukan fakir tetapi dengan segala cukai yang perlu dibayar setiap bulan, harga barangan naik, tol, bayaran pinjaman rumah, kereta, duit sekolah anak, duit bas sekolah, belanja anak. selepas potongan gaji(cukai berkala, zakat, epf, insuran) rasa2nya cukup dan adil ke?   

xperlu nak persoalkan, zakat fitrah mmg wajib dibayar oleh umat Islam seluruh dunia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 anonymous August 10, 2010 at 10:03 am

bukannya nak persoalkan…mmg la zakat ni satu ibadah…tp kta perlu tahu gak zakat tu keluar ke mana…jgn disalah gunakan pulak…sy ada terbaca satu artikel..artikel tu menyatakan yang duit zakat untuk budak yang berjaya dlm spm n pmr jz dpt imbuhan yang ckit tp tmpt untuk mengadaakkan mjlis tu bukan main gempak lagi…mcm tak seimbang di situ…sy tak mempertikan bnyk mana zakat tu…dn mnjd kewajipan sy utk menunAikan zakat…tp hasil kutipan zakat tu perlu pergi ke saluan yg betul dan org yang menerima yang sepatutnya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Pisyek August 23, 2010 at 6:31 pm

nice sharing… x sabar nak g bayar zakat nih.. :senyumkambing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 zack August 24, 2010 at 2:37 pm

apa yang nak kecoh sgt pada zakat…mmg dah wajib kene tunaikan..tunaikan je la…masalah pentadbiran/pengurusan/pengagihan betul ke tidak biar la ALLAH menentukan nasibnya nnt..tp kdang2 terjadik jgk pembahagian kepada asnaf yang sepatutnya dapat x dapat, yang x sepatutnya dapat, dapat pulak…ini bermasalah dperingkat pengurusan kariah, main taruk jer nama..selidik la dulu..betul ker tidak..camner hidupnya..kdg2 abis kroni yg dliletaknya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 simple August 28, 2010 at 4:47 pm

akhirnya ..
selesai dah kita menunaikan puasa lebih setengah bulan..hari ni dah masuk hari 18 ramadhan….
soal zakat..memang masuk dalam rukun islam….wajib ditunaikan…..zakat bermakna suci….mudah2an Allah swt memberi kelapangan rezeki kewangan…soal kepadatan perbelanjaan kewangan pada masa kini..memang tidak dinafikan kerana harga barang naik, minyak naik,,,segalanye laaah naik….tapi nak wat camne…dah zakat tu wajib kena lah laksanakan juga….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 pemikir September 2, 2010 at 3:37 pm

kepada adiksb, yang bergaji rm3000 tu patut ke nak persoal jumlah zakat yang nilainya rm7 seorang? walau jumlah tanggungannya 10 orang sekali pun, ianya untuk akhirat. lagipun perbelanjaan yang lain-lain lebih dari jumlah zakat itu boleh dibayar, inikan pula untuk zakat setahun sekali. jangan la berkira yee. Allah pun tak berkira bagi rezeki kat dia hingga rm3000 sebulan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 zack September 2, 2010 at 4:29 pm

Selamat menjalani ibadah puasa..mudah2an 10 malam terakhir ini akan menjadikan anda sekelian hamba yang bertakwa…kurangkan bercakap..banyakkan berzikir..Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Aidilfitri……… :peluk :peace :lambai

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 zainas September 7, 2010 at 2:18 pm

sedih sgt bila ada lg insan kt dunia ni yg masih berkira bila nk tunaikan perkara yg wajib..lg pun setahun sekali sj..ingat terlalu banyak nikmat tuhan yg diberikan pd kita.. :sedih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: