BREAKING NEWS : Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Terbaru : SEMAK BERITA SINI


(Gambar) Sungai Dalam Laut Terbaru

by Staff Berita Semasa on August 2, 2010

sungai-dalam-laut

Kuasa Allah swt tetap berlaku. Apatah lagi apabila ia telah disebut dalam Al-Quran. Subhanallah! Terbaru, sekumpulan saintis Britain menemui sebatang sungai dalam laut yang keenam terbesar di dunia di Laut Hitam di Mediterranean.

Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis yang baru jumpa sungai tersebut menjangkakan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.

sungai-dalam-laut2

Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan. Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.

Sungai dalam laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam. Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang. Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.

Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbarSunday Telegraph, pada setiap saat, sungai dalam laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah. Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.

Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China. – Agensi

sungai-dalam-laut3


{ 3 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 3a August 4, 2010 at 11:50 am

Subnallah.. :doa Allah maha besar..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 saya xtau ape2 May 7, 2011 at 10:19 am

sy xnmpk ngn jelas gmbr niey…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Zahari Muhammad December 28, 2011 at 9:33 pm

Ini lah kebesaran Allah SWT yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapa pon di atas mukabumi ini.Mari lah kita sama sama mengambil atibar daripada apa yang kita lihat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: