Fenomena puting beliung api telah berlaku dekat sebatang jalan raya utama di Hawaii. Kejadian puting beliung berapi ini berjaya dirakamkan oleh kamera amatur. Putaran asap hitam yang tebal dilihat berpusing dalam bentuk pusaran ketika api menjulang setinggi 6.09 meter dari permukaan tanah.
Puting beliung api tersebut memusnahkan tanah seluas 566 hektar dan ia terus membakar beberapa bahagian di pulau itu. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Turut dikenali sebagai syaitan api, puting beliung berapi itu berlaku apabila api berdepan dengan satu pusaran vertikal.
Puting beliung itu turut berlaku apabila satu bahagian udara panas diselaputi oleh api sekali gus menyebabkan tekanan rendah di permukaan bumi.
Udara yang lebih sejuk kemudian memasukinya menyebabkan pusaran berlaku manakala api menjulang tinggi. Pada 1923. satu puting beliung api terjadi disebabkan gempa bumi kuat di Tokyo. Dalam kejadian itu, seramai 38,000 orang terbunuh.


{ 5 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
mak aii seramnye… syukur kat negara kita tiada fenomena macam ini… :kejut
ini baru sikit ujian Allah..bertaubat lah.. >.<"
fulllaaaaaaaaaaaamaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
yela.takutnye mak ai
Itu bru skit Allah tjuk kekuasaanNYA,,neraka x tau la mcm mane?? Nauzubillah..