BREAKING NEWS : Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Terbaru : SEMAK BERITA SINI


(Gambar) Keluarga Kerabat Diraja Johor

by Staff Berita Semasa on June 26, 2010

Sebenarnya kerabat diraja yang lain saya akan sentuh di masa-masa akan datang. Takut tak muat pula di sini. Bila kita sebut dengan kerabat diraja Johor apa yang popular di kaca mata Johor terutamanya dan rakyat Malaysia umumnya? Iaitu Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang dikatakan dekat di hati rakyat Johor. Sedang berlangsung ketika ini.

Ada cakap-cakap yang kata ianya membazir. Tetapi bagi saya sekurang-kurangnya kerabat diraja Johor ada inisiatif untuk dekat dan berdamping dengan rakyat. Takla…..hanya terperap di singah sana sahaja bukan?

Tidak mudah, tetapi mereka berjaya melakukannya dan rakyat Johor menyukainya. Saya tidak mahu banyak cerita “kisah lampau” keluarga kerabat Diraja Johor, kerana itu bukan tujuannya di sini. Baru-baru ini 4 individu telah ditarik balik anugerah darjah kebesaran oleh Jemaah Majlis Diraja Johor pada 11 JUN 2010, antaranya :

  1. Dato’ Sharifah Mazlina
  2. Komander Shaftdean Lufty Rusland
  3. Hassan Yunos
  4. Datuk Dr Chua Jui Meng

Pertama kali titahnya selepas menjadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim mengingatkan dan memberikan amaran kepada sesiapa sahaja yang mempergunakan nama baginda terutamanya melibatkan tindakan mendapatkan pingat atau darjah kebesaran

Kalau dahulu baginda cukup sinonim dengan panggilan Tengku Mahkota Johor atau lebih mesra lagi dengan panggilan TMJ yang kini dipikul oleh Tunku Ismail (Ditabalkan Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim), kini Tengku Ibrahim memikul gelaran rasmi bagi Sultan Johor yang baru iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sejak 25 Januari yang lalu selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar Syah.

Hari ini bermulanya Kembara Mahkota Johor 2010 sehingga 28 Jun 2010 ini, yang mana Sultan Ibrahim bersama-sama kerabat Diraja Johor, Ketua-ketua Jabatan, Media dan Unit Sokongan yang  akan turun berjumpa dengan rakyat yang saya rasa kali cukup lain daripada yang lain di mana Sultan Johor, Sultan Ibrahim akan membawa sendiri keretapi sejauh 391.3 kilometer. Tidak mengapa, yang ini kita akan sentuh lain kali.

Selepas ini, dikatakan Sultan Ibrahim tidak akan lagi menggunakan karpet kuning untuk tujuan turun mencemar duli. Dalil dan sebabnya mudah sahaja :

Sultan Ibrahim kata tukar karpet warna biru supaya mudah nak maintenance.  Kalau karpet kuning, pijak mudah kotor. Lagi satu kalau betul kita hormat warna kuning itu warna kebesaran diraja, mengapa perlu dipijak?

Yang uniknya tentang kerabat Diraja Johor dan negeri Johor ini adalah di mana :

  1. Setiap kali sebelum pembubaran parlimen untuk pilihanraya umum, Perdana Menteri (samada Tun Abdullah Ahmad Badawi ataupun Tun Mahathir) akan berangkat ke Istana Bukit Serene untuk mengadap Sultan Johor. Perdana Menteri tidak ke Kelantan, Kedah atau negeri lain yang mempunyai Sultan.
  2. Jikalau negeri-negeri lain  memanggil Dewan Undangan Negeri tetapi tidak bagi negeri Johor apabila ia dipanggil Dewan Negeri sahaja. Sebabnya apa? Sebabnya ia ditubuh sebelum daripada kemerdekaan iaitu tahun 1957. Apa yang disebaliknya? Ini menunjukkan pemerintah negeri Johor pada masa itu, mempunyai kuasa untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang dan membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk kepada British. Negeri-negeri lain pula, Dewan Undangan Negerinya ditubuhkan selepas kemerdekaan
  3. Setiap kali Perdana Menteri Singapore bertukar, lawatan pertamanya ke luar negara pastinya akan tertumpu kepada pertemuan dengan Sultan Johor. Bukan ketua negara-negara lain….
  4. Beberapa isu tambak johor, pulau pisang, perjanjian air Malaysia dan Singapura yang tergantung selama ini. Belum disentuh lagi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1949 dan juga Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang turut ada ceritanya melibatkan kerajaan Johor pada masa itu….
  5. Bagusnya tradisi Sultan Johor baginda akan turun untuk “berkhutbah” kepada rakyat ketika hari Jumaat. Kebanyakan imam sekarang “membaca khutbah” yang mana teks telah ditulis siap oleh Majlis Agama.

Bukan suatu yang mengejutkan apabila Almarhum Sultan Iskandar Syah pernah bertitah pada penghujung :

JOHOR BAHRU, 19 Jun 2008 : Sultan Johor, Sultan Iskandar menegaskan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan akan berikhtiar untuk mendapatkannya semula ketika merasmikan persidangan Dewan Negeri ke 12.

“Saya tak lupa pulau saya Batu Puteh.

“Itu bukan hak Singapura, hak Johor,”

“Sampai bila pun saya akan ikhtiar balikkan ia kepada Johor,” titah baginda lagi.

18 Jun 2009 : Sultan Johor tidak bersetuju pembinaan Jambatan Ketiga di sebelah Timur Johor yang mana telah disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor pada masa itu, Tunku Ibrahim ketika merasmikan persidangan Dewan Negeri ke 13

Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofia dikurnikan 5 orang putera dan seorang puteri :

  1. Tunku Ismail Idris (1984)
  2. Tunku Aminah (1986)
  3. Tunku Idris Iskandar (1987)
  4. Tunku Abdul Jalil Iskandar (1990)
  5. Tunku Abdul Rahman (1993)
  6. Tunku Abu Bakar Iman (2001)

Bonda Sultan Ibrahim Cik Kalthom Abdullah (Josephine Trevorrow)

Kereta rasmi Sultanah Johor, Raja Zarith Sofea

Kereta rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim (SI)


{ 54 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 anuarsalleh June 27, 2010 at 8:26 pm

…ALLAH SELAMATKAN SULTAN!…DAULAT TUANKU!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 sutrisno_585 June 28, 2010 at 4:08 pm

keluarga besar yang sanagt berbahagia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 TOM June 30, 2010 at 2:29 pm

SALAM…SAYA ANAK PERAK..NAMUN AMAT MENGKAGUMI KERABAT DIRAJA JOHOR YANG SANGAT BERJIWA RAKYAT…TAMBAHAN PULA SULTANAH JOHOR SEKARANG ADALAH KERABAT DIRAJA PERAK(ANAKANDA SULTAN IDRIS)..LAGI SATU KETURUNAN SEBELAH AYAHANDA SAYA ADALAH BUGIS(DAENG SEDILI) YANG MERANTAU KE PERAK…HIDUP BUGIS!!! KERABAT DIRAJA JOHOR ADALAH CONTOH YG SGT BAIK…IBU MERTUA SAYA PUN TINGGAL KAT JB….HIDUP JOHOR!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 ima January 24, 2012 at 12:09 am

saya pun berketurunan bugis perak … tp sampai skang nie saya masih tertanya2 dan tercari2 individu yg berketurunan bugis perak .kalau la saya dpt cari individu yg berketurunan yg sama mcm saya kan best .. leh kita kongsi cerita …

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 adeq February 2, 2012 at 6:34 pm

aduhai, tolonglah saya,saya ingin benar mengetahui,,siapakah yang tahu benar,tentang sbr kencana.tlg hbgi saya d face book ya. k

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 mat melayu June 1, 2013 at 4:31 pm

bohong lh kau.kau belajar sejarah british buat mamat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 m nur helmi July 1, 2010 at 12:06 pm

sebab asal usul kerajaan melayu di tanah melayu adalah johor~riau

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 mat melayu June 1, 2013 at 4:42 pm

asal raja kita dari merong kedah.keturunan iskandar zulkarnaim.dan bercampur darah keturunan nabi s.a.w.,jangan belajar sejarah yg penjajah buat.islam sampai di kelantan dulu.bukan melaka.sultan brunai buat masjid di kampung laut kelantan kenapa.pasal dia tahu asal keturunan dia.keturunan raja2 di tanah melayu adalah dari darah mulia baginda nabi muhammad dan bercampur darah pahlawan terbilang iskandar zulkarnaim.raja2 melayu adalah berketurunan yg sama.kaji semula sejarah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 m nur helmi July 1, 2010 at 12:15 pm

dan tradisi kembara johor ini telah menjadi warisan dari era kesultanan johor~riau lagi sehingga era sultan mahmud mangkat dijulang dan sekarang masih di teruskan.. ini membuktikan kerabat di raja johor benar benar berjiwa rakyat dan sanggup mencemar duli untuk berbaur dengan rakyat.. dan satu ciri khas johor.. kita.. ya kita.. orang johor suka membahasakan diri mereka kita atau kami.. bukan aku atau saya.. tapi sekarang dah kurang kecuali anak2 desa dan persisiran.. ini membuktikan semangat persatuan orang johor yang tinggi.. sebab mempunyai kerabat di raja yang benar benar berjiwa rakyat makanya rakyat johor bersatu semangat… HIDUP TUANKU.. DAULAT TUANKU.. HIDUP JOHOR.. semoga johor akan lebih maju dan kembali ke zaman kegemilangan kesultanan melayu johor riau..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 trj July 3, 2010 at 3:05 am

hm ade kt atas tu tulis “Almarhum Sultan Iskandar Syah”… pembetulan takde Syah disitu, nama asal almarhum yg kita kasihi Sultan Mahmud Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 keliru July 18, 2010 at 9:04 pm

DAULAT TUANKU…DAULAT TUANKU…DAULAT TUANKU…MOGA ALLAH MEMBERI KESEJAHTERAAN KEPADA BAGINDA DAN KELUARGA SETERUSNYA RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM…AMIN

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 nazri July 21, 2010 at 9:54 am

DAULAT TUANKU..HANYA TUANKU SULTAN JOHOR DAN KERABAT JOHOR YG BG SAYA DPT MENYATU PADUKAN DAN MENGUATKAN MELAYU DI MALAYSIA INI KERANA TUANKU MEMPUNYAI SATU AURA DAN PERWATAKKAN YG SGGUH LUAR BIASA YG SSH UNTUK SY JELASKAN DISINI

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 hamba Allah August 7, 2010 at 1:04 am

sye bangge jadi anak jati Johor.. Johor memang hebat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 J7000 August 10, 2010 at 12:30 pm

salah satu gambar di atas.. tunku ibrahim yg ketika itu ialah tengku mahkota johor (TMJ) kerap solat subuh berjemaah bersama2 di masjid pasir pelangi berhadapan dgn istananya “istana pasir pelangi” di johor bahru, kelihatan baginda berpakaian biasa tanpa bersampin.. sikap down to earth baginda sudah dididik sejak kecil lagi oleh almarhum paduka ayahandanya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 mohd ali September 3, 2010 at 12:07 pm

anuarsalleh:
…ALLAH SELAMATKAN SULTAN!…DAULAT TUANKU!

<Kita menjunjung tinggi diatas Institusi Di Raja Johor dan berbangga bernaung dibawah Jajahan Tahluk Johor.Daulat Tuanku.-

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 13 October 13, 2010 at 1:23 pm

ALLAH PELIHARAKAN SULTAN
NUGRAHKAN DIA SEGALA KEHORMATAN
SIHAT DAN RIA KEKAL DAN MAKMUR
LUASKAN KUASA NAUNGKAN KAMI
RAKYAT DIPIMPINI BERZAMAN LAGI
DENGAN MERDEKA BERSATU HATI
ALLAH BERKATI JOHOR
ALLAH SELAMATKAN SULTAN

:senyumkambing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 trj November 2, 2010 at 4:52 pm

Untuk perkongsian dengan anda semua, artikel ini diberikan sendiri oleh yang empunya kepada saya http://www.nst.com.my/nst/articles/8sluj/Article/

I hope this will answer most of bad critics dan fitnah orang sekeliling.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 cicit daeng kuning November 8, 2010 at 7:45 pm

daulat tuanku,,,sememangnya sultan johor adalah sultan yang berjiwa rakyat.semoga allah melindungi kerabat di raja johor dan rakyat negeri johor

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 abang toko January 13, 2013 at 9:13 am

daulat tuanku.sama la hendaknya sultan pahang dan kerabatnya juga berjiwa rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 razow December 5, 2010 at 3:37 pm

saya ada seorang kawan .. dia berkenalan dgn seorang girl nie . girl ni mengaku nama dia raja nurfarhana petra. dan juga mengaku ada kena mengena dgn kerabat diraja johor. tapi yang hairannya bila ditaya dia tak kenal pun salah seorang nama kerabat diraja johor. alasannya… emm.. tak suka org busybody psl family dia. cuma dia ckp dia ada cousin kerabat dijohor juga . nama . raja nursysya petra. dan yg plg memalukan die kenal dan couple dgn kenaln sy yg juga seorang biseksual or’ pegkid’ … haishh . siap hntr gmbr ‘BODY’ lagi. fuhh … berani mengaku keluarga diraja . siap buka pekung didada psl family diraja johor ni lagi. benda yg tak elok jgk dicerita. kalau tak percaya . sila hubungi saya . sy ada evidence lg.
hairan betul dgn girl ni.. kalau nk mengaku keluarga diraja pun jgn sampai kantoi . lepas tu. cerita benda tak elok.. send gmbr body . berani mengaku kerabat diraja johor . tp perangai . nauzzubillahh… katanya . study at unnvrsti Tun Hussein Onn. nsb baik kenalan sy ni baik . tak sebarkn pic tu. kesian keluarga tuanku jd mangsa.. emm .. askum.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 me February 20, 2011 at 3:03 am

rasenyer even kalau kerabat kelantan pon, perempuan takkan guna “petra”. Tg Amalin pon tak guna jugak, hanya kekanda2 nya shj guna gelaran itu. Mebi ade la terkait sikit ngan kerabat diraja johor, terus anggap mcm kenal betul2 ngan diaorg

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 missRoXy August 19, 2011 at 9:33 pm

dia pon teringin nk jd kerabat diraja gk kot..hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 trj9 December 5, 2010 at 6:36 pm

razow: saya ada seorang kawan .. dia berkenalan dgn seorang girl nie . girl ni mengaku nama dia raja nurfarhana petra. dan juga mengaku ada kena mengena dgn kerabat diraja johor. tapi yang hairannya bila ditaya dia tak kenal pun salah seorang nama kerabat diraja johor. alasannya… emm.. tak suka org busybody psl family dia. cuma dia ckp dia ada cousin kerabat dijohor juga . nama . raja nursysya petra. dan yg plg memalukan die kenal dan couple dgn kenaln sy yg juga seorang biseksual or’ pegkid’ … haishh . siap hntr gmbr ‘BODY’ lagi. fuhh … berani mengaku keluarga diraja . siap buka pekung didada psl family diraja johor ni lagi. benda yg tak elok jgk dicerita. kalau tak percaya . sila hubungi saya . sy ada evidence lg.
hairan betul dgn girl ni.. kalau nk mengaku keluarga diraja pun jgn sampai kantoi . lepas tu. cerita benda tak elok.. send gmbr body . berani mengaku kerabat diraja johor . tp perangai . nauzzubillahh… katanya . study at unnvrsti Tun Hussein Onn. nsb baik kenalan sy ni baik . tak sebarkn pic tu. kesian keluarga tuanku jd mangsa.. emm .. askum.  

Saudara razow,

Kenapa gitu sekali perangainya? Betul ke kerabat diraja Johor, bukan ke Petra tu dari kerabat Kelantan? atau dia ada kena mengena jauh? Kalau benar takkan seorang dari kalangan kerabat diraja Johor pun dia tak kenal. Saudara bole minta dia kemukakan salasilah keluarganya jika benar dari kerabat Johor, dan klau tak keberatan boleh share dgn saya di e-mail. Saya takut perkara ni bole jd buah mulut dan dijaja orang merata-rata dan bole burukkan nama Tuanku serta institusi keluarga diRaja. Thnx..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 razow December 14, 2010 at 12:11 am

saudara trj9 ,
thank you so much kerana memberi respon dan sudi share ..
saya juga tidak mahu perkara ini jd buah mulut org..
saya pun tak tahu . hmm.. orang nk berlagak ada status tinggi .
sy sendiri tak berapa pasti dgn gelaran petra itu dari mana . adalah juga kwn saya tu cuba tanya soalan trick psl keluarga tengku . tapi dia cerita family sebelah ibu die yg kerabat diraja . dan mengatakan dia tak dapat hak atau layanan istimewa sperti ahli keluarga yg lain . ada yg lebih teruk lg . yg lain sy hrp dpt berkongsi dgn saudara trj9.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 razow December 14, 2010 at 12:35 am

saudara trj9 ,
boleh berikan email lengkap saudara ?
thanks.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 trj9 December 14, 2010 at 9:53 am

razow: saudara trj9 ,
boleh berikan email lengkap saudara ?
thanks.  

RAZOW, thanks for ur explanation again. Regarding this saudara bole e-mail di escanderbrad@gmail.com saya mahu tahu lanjut mengenainya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 cd December 20, 2010 at 12:07 am

alamak. ter dislike satu komen yang patutnya di like. >_<

btw, duduk di Johor since lahir lagi, tapi malangnya, tahun ni baru pindah melaka. but still mengaku orang johor sampai skrg, sbb im proud to be Johorean.

Daulat Tuanku!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 adawiah April 1, 2013 at 12:17 am

sy asal kelantan belah mak..ayah johor..ble msuk sek org tnye asal mne sy ckp johor bkn kelantan..org kelantan pun xcye sy org kelantan..sy gne slang muar..langsung xde slang kelantan..dan bgga ngn Sultan johor..12 thn duk kelantan xpnh jmpe sultan kelantan wlaupun umh dkt ngn istana tp bru brape bln duk muar dh dpt face to face ngn Sultan johor mse KMJ…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 hello December 20, 2010 at 1:24 am

daulat tuanku.
kesultanan johor membuktikan kekuasaan sultan masih kuat walapun tlh sekian lama. sy berbangga jadi anak Johor. ;)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 asnan. February 4, 2011 at 8:01 pm

nak mohon dengan sultan johor boleh ke .sayer ni jadi.penduduk johor hehehehe..bersoloro ajo odan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 asnan. February 4, 2011 at 8:06 pm

sayer ni orang asal riau di lahirkan di riau di besarkan di riau ..apo kate sayer ni mohon ..dengan izin .duli yang maha mulia sultan iskandar boleh ker sayer ni memohon .penduduk tetap ….bergurau sajo jang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 razow March 28, 2011 at 2:24 am

kepada saudara trj9 ,
maaf lambat . tapi sy tak dpt hantar email mengenai perkara tempoh hari kerana something wrong dgn email saudara . boleh berikan email lengkap saudara . thank you.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 razow March 28, 2011 at 2:26 am

me:
rasenyer even kalau kerabat kelantan pon, perempuan takkan guna “petra”. Tg Amalin pon tak guna jugak, hanya kekanda2 nya shj guna gelaran itu. Mebi ade la terkait sikit ngan kerabat diraja johor, terus anggap mcm kenal betul2 ngan diaorg

betul tu ! thanks ME…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 ayu July 15, 2011 at 5:57 pm

skew sgt2 tgk kebahagiaan n kemesraan kerabat johor nihh.. h0pe kerabat2 kt ngeri lain pun akn mencontohi kerabat nie jgk…(^_^)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 Tmsas July 28, 2011 at 11:54 pm

Daulat Tuanku
Moga Johor terus maju dibawah pemerintahan Tuanku Sultan,serta TMJ.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 jazzley October 10, 2011 at 10:44 am

aku nie org johor pure pnya. lahir kat johor, cari mkn kat johor kawin pn ngan org johor dan segala-galanya johor la. bini aku keturunan johor la. status Ungku lg. tiap2 tahun pn dpt jemputan raya dari istana. yg bagusnya bini aku nie x mengaku pn dia tu kerabat sbb x nk org guna kesempatan pdnya….. PELIKKAN, yg dh tentu2 keturunan x nk mengaku keturunan, tp yg bukan keturunan sibuk2 mengaku di atu keturunan….. x de lebih dn kurangnya, kita nie semua manusia biasa…mati tanah dlm tanah juga.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 jazzley October 10, 2011 at 10:45 am

ALLAH SELAMATKAN SULTAN….. DAULAT TUANKU

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 areboo November 29, 2011 at 8:55 pm

salah satu uniknya Sultan Johor adalah merupakan Sultan yg paling kedekut nak bagi gelaran Dato’. Almarhum ayahanda baginda pun sama. Ini secara tak langsung mengangkat nilai Dato’ itu sendiri. Dato’ dari Johor merupakan gelaran yg paling MAHAL dan dipandang tinggi sebab bukan calang2 org boleh dapat.

DAULAT TUANKU!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 nasi ayam March 6, 2012 at 4:49 pm

sokong 100% tepat sekali!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 syahrul January 12, 2012 at 3:41 am

salam…saya seorang anak kelahiran Melaka tapi saya bangga tinggal di Negeri Johor…saya juga bersyukur kerana saya tidak dimarahi ketika saya bermain dengan dua ekor anak harimau kepunyaan Sultan Johor…walaupun hanya sekejap sahaja saya rasa sangat gembira…
DAULAT TUANKU…SEMOGA ALLAH PANJANGKAN UMUR SULTAN JOHOR DAN SEGALA KAUM KERABATNYE…AMIN…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 sayangsalmah January 28, 2012 at 4:17 am

bukan ker Permaisuri sultan Iskandar tu Sultanah Zanariah kerabat dari Istana Kelantan..?? bonda sultan Ibrahim tu bukan sultanah zanariah ker?
dkt utm skudai ni library nama perpustakaan sultanah zanariah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 nasi ayam March 6, 2012 at 4:47 pm

bonda sultan ibrahim bukan sultanah zanariah, sultan ibrahim tu anak dari isteri pertama sultan iskandar, rakyat britain katanya….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 dianaamera July 29, 2012 at 1:25 pm

ye….ibu sye pon pnah cerita,sultanah zanariah 2 isteri ke dua sultan iskandar..kami adk bradik slalu jdi pendengar yg setia bila ibu cerita kn kisah diraja johor..sebab dlu mse ibu remaja,ibu tingal dkt umah mak saudranya..ketika itu bpak saudara ibu pula,pnah bkerja di istana johor..dan diberikn tempat tnggal dkat2 s2 jgk..yg pastinya sultan kte terbaikkk….sy bangga jdi rakyat ye..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 Cikgu nordin May 17, 2012 at 2:58 pm

Kalau mencari tempat mandi
Pertama teluk kedua pantai
Tuanku bijak memimpin negeri
Pertama elok kedua damai.

Daulat Tuanku….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 Mohamed Fuad B Saharuddin June 12, 2012 at 8:43 pm

…ALLAH SELAMATKAN SULTAN!…DAULAT TUANKU! TAHNIAH!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 suk July 8, 2012 at 10:56 pm

saya teruja melihat perkahwinan tuanku sultan dgn sultanah zarith sofia di kuala kangsar pd tahun 1982. begitu meriah & tinggi dgn budaya kesultanan melayu. uniknya hantaran menggunakan bot/sampan besar melalui sg perak. sangat warna warni. rakyat perak sangat gembira pd waktu ini. alhamdulillah dikurniakan ALLAH dgn enam cahaya mata. moga bahagia selalu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 qhaisya August 3, 2012 at 2:45 pm

Salam Saya berketurunan Bugis + Jawa Tapi saya dibesar Oleh Arwah Atok Saya yg berketurunan Bugis…(Pak Rahman Panjang) sepanjang usia arwah atok saya masih hidup selalu dia ceritakan tentang kerabat Johor sebab arwah atok saya selalu gak la berjumpa kerabat Johor ketika arwah atok saya bermain kapal terbang kawalan jauh di padang Istana Pasir Pelangi…Arwah atok saya gak pernah dapat saguhati Dari DYMM Tuanku Ibrahim…sebab itu lah kami rakyat Johor berbangga dengan Tuanku yg berjiwa rakyat.Dan kini saya juga telah berkawin dgn keturunan kerabat Negeri Johor yg dalam pengetahuan saya suami saya itu kerabat Negeri Johor sebelah Temenggong kebanyakannya di sebelah Muar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 ungkunurain October 9, 2012 at 9:40 pm

As Salam, bapa saya kerabat Negeri Johor dan dibesarkan oleh ibu angkat di Muar Johor. Tetapi sampai sekarang saya dan keluarga tidak pernah berjumpa dengan Atuk (ungku Othman) dan nenek (Ungku Noriah). Pada tahun lepas saya dapat tahu daripada makcik yang berada di Muar sana yang Atuk sudah meninggal dunia. Walaupun kami tidak sempat berjumpa beliau tetapi kami ingin berjumpa dengan nenek, yang katanya ada di Johor Bharu. Kami harap dapat berjumpa beliau, terutama sekali bapa saya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 afsyunan October 14, 2012 at 11:15 pm
50 bugisman November 2, 2012 at 12:13 pm

Daulat tuanku……mmg best jadi rakyat johor dibawah pemerintahan sultan yang berjiwa rakyat….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 helfiz_thundercat.. November 25, 2012 at 2:38 pm

sy bangga dengan negeri johor..walaupun membesar di johor tapi sy tak pernah lupa asal usul sy di mana ayahnda sy dari melaka dan bonda sy dari selangor..setiap detik pasti teringat Almarhum/Almarhumah nenda dan kerabat keluarga..hanya menuggu masanya tiba..stay cool.. :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 BENTAYAN December 9, 2012 at 6:27 pm

Saya asal daerah Mersing tapi, hampir 10 tahun saya tak pulang kerana menetap di utara terikat dengan tugasan kerja. Saya berkhidmat dgn tentera dalam Kor Risik Diraja. Saya pernah mengikuti kursus Komando GGK dengan jayanya dan pernah juga memohon memasuki pasukan Komando GGK tapi, sayangnya permohonan saya tidak berjaya kerana pihak atasan memerlukan saya sebagai perisik. Didaerah mersing ada kem Komando GGK namun sampai sekarang saya tidak pernah kesana lagi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 tengku abdul matin January 8, 2013 at 6:46 pm

Wsalam, name saya tengku abdul matin anak kepada tengku putri cucu kepada tengku alam kerabat saya dari singapore nyonyang saya punye name sultan hussain dari indonesia saya tgh cari sedara2 saya yg saya tak knl tolong hubungi saya ye +6596110552,terima kasih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 adzharrabu January 13, 2013 at 9:53 am

Salam kat semua rakyat Johor, Sayapun rakyat Johor 27 tahun dah merantau kat Sarawak, rasa2 nak menetap kat johor setelah pencen nanti, Kepada pasukan Bola Johor Darul takzim berjuang hingga ke titisan peluh terakhir, Kami rakyat johor D T sentiasa bersama kamu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: