BREAKING NEWS : Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Terbaru : SEMAK BERITA SINI


Elaun Ratu Elizabeth VS Kerabat Sultan di Malaysia

by Staff Berita Semasa on June 29, 2010

Ratu England, Queen Elizabeth pun boleh tahan “seleranya”. Baru-baru ini, Queen Elizabeth telah meminta menaikkan gaji pertamanya dalam tempoh 20 tahun kerana defisit 6 juta  pound yang dialaminya tahun lalu. Permintaan baginda dilhat bakal mendapat tentangan hebat kerana kerajaan baru campuran Conservative Lib Dem baru sahaja memotong 6 billion pound daripada belanjawan sektor awam bagi negara Britain baru-baru ini.

Kalau diikutkan sebenarnya Ratu Elizabeth kini memperolehi dan menikmati pendapatan tahunan sebanyak 7.9 juta pound tetapi Ratu Elizabeth membelanjakan 14.3 juta tahun lalu. Kebanyakkannya dihabiskan pada bayaran gaji pekerja istana sebanyak 9.9 juta! Kos membayar gaji Ratu England dibayar sepenuhnya dengan menggunakan duit cukai pendapatan rakyat. Dianggarkan setiap rakyat Britain membayar sebanyak 69 sen (seorang) bagi setiap tahun untuk menanggung kehidupan diraja yang mewah ini.

Di Malaysia agaknya berapa perbelanjaan yang ditanggung untuk menggaji Sultan, Yang Dipertuan Agong, Sultanah dan juga kerabat Diraja Di Malaysia? Sekadar info….

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880

  1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)

Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM87,880

  1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
  2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
  3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)

Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :

  1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
  2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
  3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.

Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut  menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). Individu yang sedang memperolehi

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara

1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000

Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan

Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan

1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebnayak RM14,600 sebulan

1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan

Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut :

  • Raja Muda – RM13,000
  • Raja Puan Muda – RM5,200
  • Tunku Bendahara – RM4,000
  • Bini Tunku Bendahara – RM1,250
  • Tunku Temenggung – RM3,500
  • Isteri Tunku Temenggung – RM900
  • Tunku Laksamana – RM3,000
  • Isteri Tunku Laksamana – RM600
  • anak-anak Sultan – RM1,000


{ 41 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 FrankRose June 30, 2010 at 11:07 am

JAdi anak sultan pun dapat elaun, mak oi, biar benar…. well. nak kata apa… dah termaktub dalam undang2 malaysia ye… kita hamba sahaya niiii… namapun dah hamba ye… pandang dari kejauhan je lah… jadi macam orang negara India sana nun… hidup miskin, papa kedana, tapi gembira dan asyik bila tengok wayang hero dan heroin bollywood, hidup bagai atas kayangan… hmmmmm… orang lain tak sedar lagi ke…. cakap lebih2 kang, takut daulat, AMPUN TUANKU…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 beejan June 30, 2010 at 2:19 pm

tak tau nak komen apa²… duit dalam poket pun cukup untuk makan je ni. harap² jangan la sakit deman, lari bajet nanti bayar bill klinik..
DAULAT TUANKU!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Shairon™ June 30, 2010 at 4:46 pm

seperti rakyat Britain,rakyat Malaysia juga perlu tahu perkara yang sihat seperti ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 safar July 1, 2010 at 10:41 pm

sebagai rakyat ikut je.jangan nk membantah pula.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 austin July 21, 2010 at 1:09 pm

Bersyukur la apa yang ada……
Senang di dunia, tak semestinya senang diakhirat…..
Susah di dunia , tak semestinya susah di akhirat……
Dunia ini hanya sementara sahaja, lakonan semata-mata…..
Akhirat la yang kekal abadi…..
Semoga kita muslimin dan muslimat mendapat kemenangan dan kejayaan di akhirat…….AMIN….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Sexy Girl August 2, 2010 at 4:33 am

Huh..byk yer..kita x dpt jd raja pun xpe la, asalkan bersultan di mata, beraja di hati. huhu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 am August 12, 2010 at 11:57 am

kenapa sampai kaum kerabat pon nak berelaun2? pelik gak.. balu tu aku paham le jugak.. bg aku yg layak dapat

1.sultan/agong/raja/yg dipertua
2.raja muda/pemangku raja
3. org2 yg kerja bwh raja tu la mcm temenggung etc

yg sampai bini2 skali nak kene dapt aku rase tak patut la..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 PejuangMelayu June 8, 2012 at 3:10 am

Duit gaji/elaun/bonus @ pendapatan yang anda dapat tidak dikongsi bersama isteri dan keluarga ke?
Negara ini siapa ketuanya? Kenapa “mereka” tidak layak mendapat hasil dari usaha kerabat mereka terdahulu?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 sammy October 28, 2012 at 7:27 pm

usaha taik kucing la…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 fadli September 3, 2010 at 2:45 pm

kadang-kadang cam rasa terkilan jugak..sebagai org2 biase terpaksa susah payah nak cari duit nak blaja sume utk hidup.tapi nak wat camne.xpela itu hanya di dunia semata.. harap kalo sultan tu bermurah hati boleh share dengan rakyat..hehe..apa pun cume kite imbas kemabli zaman pemerintahn Nabi Muhammad S.A.W…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 arm October 26, 2010 at 3:41 pm

bg aku…np kte prlu DAULAT TUANKU kt sultan…die tuhan ke?
undang2 kte cm mnyembah sultan,spt mendua kn agama…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Tegakkan Keadilan October 26, 2010 at 4:30 pm

arm: bg aku…np kte prlu DAULAT TUANKU kt sultan…die tuhan ke?
undang2 kte cm mnyembah sultan,spt mendua kn agama…  

woi si ARM…aku bkan nak bela sultan ker kerabat diraja ker…tpi aku rasa kau ni buta agama…sbb dalam agama Islam pon…kita mesti patuh dan hormat dengan kepimpinan dan hak2 kuasa sultan…Islam tidak pernah menyuruh menjadi hamba ker apa ker..tapi sebagai rakyat kita perlu menghormati undang negara dan perlembagaan sebagai ketua sesebuah negara….jelas juga seperti di zaman Rasulullah…..isu tuhan or menyembah raja tidak timbul dan tidak perlu dibahaskan ………

dan satu lagi aku nak cakap nie….kalau kuasa perlembagaan sultan digulingkan maknanya, negara Malaysia tidak akan wujud lagi perlembagaan melayu dan kewarganegaraan….kerana tanpa kuasa raja2 melayu, melayu tidak akan dapat dilindungi lagi dan hak melayu tidak akan terbela….itula pentingnya raja2 melayu, yang menjadi kepentingan org melayu sebagai tuan tanah kepada negara tercinta malaysia…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Sape Aku? November 1, 2010 at 11:38 pm

kenapa Agung dibayar Gaji?
Apa keje Agung?
Dari Mana Duit Gaji Agung Itu datang?
Kenapa Ada Pencen?
Kenapa ada Elaun?
Kenapa Malaysia Buat Undang2 Nie?
Sapa yg Buat Undang2 nie?
Sebab Apa?

Ada sape2 Dpt Bagi Penjelesaan.??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 kebal November 15, 2010 at 6:09 pm

naseb bek ade sultan n agong..klu x ..x tau naseb melayu di bumi sendiri…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 BabyBabe March 22, 2012 at 2:01 am

mungkin lebih baik dari sekarang! sb yang cekik darah sekarang pong org melayu gak. yang bukan melayu tu sebenor-benornya, makan duit hasil titik peluh sendiri. kalau niaga, jual barang, jual bodi k, tapi usaha diorg sendiri. yang ni plak makan duit sapa? ada ke duit cukai mereka sendiri? dok ! semuanya duit rakyat jelato . perlembagaan tu siapa yang buat? aku? Kau? rakyat jelata? depa gak! apa@ pong kita ni dok menungkat dagu sebutnya cuma ‘Ampong tuangku!” aduh.. gampang sungguh ‘rakyat’. (teringat kpd pemerintahan bapak sukarno dan marcos . Berbezakah????)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 aku-anti December 6, 2010 at 5:53 pm

ni aku malas nak bayar cukai neh..duk pkenyang perut org x wat keja..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 Adios December 7, 2010 at 8:12 am

aku-anti: ni aku malas nak bayar cukai neh..duk pkenyang perut org x wat keja..  

Sebab tu Allah suruh orang Islam bayar Zakat dan orang bukan Islam bayar cukai. Kerana zakat untuk orang kurang mampu…………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 babuu June 10, 2011 at 12:41 pm

patutla kerabat2 raja mewh hidupnyee.. Dapat duit free rupenya.. Takyah keje dapat duit… Haaaa haaaa kita orng biase keje bayar cukai utk sare khidupan mewah merekeeee!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 PejuangMelayu June 8, 2012 at 3:20 am

Jangan pertikaikan..anda tinggal di negara mana sekarang ni?? Tahu sejarah atau Tidak??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Wan June 11, 2011 at 8:53 pm

kalau gaji mereka ni besar xpela aku fhm, mungkin diorg kerja sama mcm org2 kbnyakan .. tp yg aku x fhm knpa smpai isteri2 & anak2 dpt skli ? x silap aku sepupu kpda anak2 sultan tu pn dpt gak, RM500 sebulan. aku tak rasa perkara ni Islamik.
bila baca artikel ni, kesian plak aku mngenang nasib org2 miskin kt malaysia ni.. mcm yg dlm Bersamamu tu.. anak2 x ckup duit nk bli buku skolah, mkn pun nasi ngn garam je xpn ikan kering, atap rmh lak bocor. kan bagus klau elaun anak2 sultan yg rm1000 tu bagi kt diorg ni. bukan kah mrka lebih memerlukan ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 acai November 20, 2011 at 9:06 am

erm,.kita dok bawah tak taw apa yg depa buat kat atas boleh la menyalak macam -macam,igt jadi agong dok goyang kaki kat istana ke,..setiap hari ada event dia,dalam ngan luar negara,.nama pon ketua negara takkan x dapat gaji,dan gaji x kan lebih rendah dari pm,mesti lebih tinggi dari pm,…itu hak dia,.yg lain nk sibuk pertikaikan buat pe,.sebab tak dapat kat korang./kalau dapat kat korang,.korong pon senyap ye,.ye dak?hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Norina December 3, 2011 at 8:42 am

Sabahan dan sarawakian tidak perlu menyembah yang agong korang tu sebenarnya.sebab sarawak dan sabah diluar kekuasaan raja melayu.kalau korang nak paksa juga rakyat SS sembah raja korang,nampak sangat korang penjajah!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Beth Evan January 26, 2012 at 10:44 pm

yg di pertuan negeri tu apa kerja die? orang ss pun ramai datang semenanjung, hormat tempat orang beb….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 hamba allah.. March 26, 2012 at 1:11 pm

sebagai hamba allah..xperlulah kita mnbandingkan dgn rezeki pihak lain..semua dlm duni ni dah ditentukan tuhan..mgkin tuhan hanya menguji hati dan iman kita…adakah kita reda?syukurlah..kita mempunyai lengkap angota badan dan sifat sebagai manusia..bnyk2 lah beramal..reda dan syukur kepadaNYA..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 bawal May 20, 2012 at 8:21 pm

dok goyang telor dpt ratus2 ribu..bagus btol malaysia ni..klu cite ni tersebar kt tv mau jd revolusi mcm kt china dlu2..or contoh skg jd cm kt mesir, syria, bla bla bla

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 ape celop thokk' May 25, 2012 at 4:20 pm

…seronok sbenarnya baca sumthing y x taw n baru…on my opinion…semua ni syarat@rules y dibuat oleh MANUSIA…berapa banyak mreka2 diatas tu dpt da ditentukan oleh TANGAN2 Manusia sndri…y dpt banyak sntiasa rase x ckup…y hanya melihat (spt sy) mcm xptut dorg dpt mcm2…melebihkan kemewahan dunia hingga mengabai tnggungjawab…ketua@pemerintah adlh manusia biasa y juga akan dihisab Allah nnt…haluan mana mreka membawa ngara hanya Allah y akn mengadili…y pntg doa pd Allah moga kite sntiasa dilandasan y betol..wslam..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 azamzaki May 31, 2012 at 2:48 am

Aku rasa setiap tahun buka kerja raja ni pada rakyat jelata,masuk jobstreet aku pon nk apply goyang kaki dapat duit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 RakyatMalaysia June 8, 2012 at 2:48 am

Harap ADMIN pantau segala komen yang berkaitan dengan Sultan & Raja di entry ini. Banyak komen yang tidak bernas atau agak kurang pandai sehingga ada antaranya yang merendah-rendahkan institusi Raja Melayu, menghina dan mempertikai hak baginda serta keluarga.

Ini bukan perkara mainan atau jenaka. Awalan ayat memang bagus..sekadar info tapi kenapa perlu dipertikaikan @ dijadikan bahan komen? Harap ketahui sejarah dulu sebelum membuat komen yang bukan-bukan. Siapa yang membuka Tanah Melayu / Malaysia ni? Siapa Sultan dan Raja tersebut?

Seperti komen no 10 “Siapa Aku?” (1 Nov 2010)..saya rasa anda masih lagi budak yang baru belajar. Tahniah! kerana banyak bertanya. Elok dapatkan maklumat awal dari guru sejarah anda (mungkin anda sudah mendapat jawapannya kerana sekarang sudah tahun 2012!).

Kepada mereka yang tidak berpuas hati berhubung dengan gaji & elaun ni..elok bayangkan, anda berada pada situasi ini:
Anda mempunyai kilang yang besar. Ramai pekerja dengan kedudukan pangkat & gaji yang berbeza. Mereka bekerja dengan tekun & amanah untuk mendapatkan rezeki tanpa mempertikaikan apa pun kerana mereka bersetuju untuk bekerja dengan gaji yang diberi. Dalam masa yang sama, anda & keluarga mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda dari gaji pekerja anda. Kerana mendapat keuntungan yang banyak, anda juga menyalurkan pendapatan tersebut kepada ibu bapa, adik beradik dan saudara anda yang lain. Soalan saya..ADAKAH pekerja anda akan mempertikaikan tentang pendapatan anda tersebut & kepada siapa anda hendak beri @ gunakan? Jawapannya tentulah tidak kerana mereka tahu itu adalah hak anda! Tapai jika ada antara mereka yang mempertikaikannya..apa perasaan anda & apa pula tindakan anda??

Ceritanya sama sahaja cuma situasi yang berbeza.. Tak perlu nak bising-bising dengan rezeki dan hak orang lain. Bersyukurlah dengan segala apa yang ada. Jika tidak cukup, berusahalah untuk mendapatkan yang lebih.

Jadilah seorang rakyat Malaysia yang pandai menghormati Pemerintah serta Ketua Negara yang berdaulat ini.
Wallahua’lam.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 ainon June 10, 2012 at 3:00 pm

kepada RakyatMalaysia..anda mmg kaki kipas yg bertauliah..mungkin telah dapat pangkat dato’ @ tan sri..klu belum dpt boleh dipertimbangkan jasa tersebut..terima kasih atas penerangan panjang lebar tu..

tapi nak tau la..apa fungsi seorang raja? (btw malaysia ada 9 raja) boleh terangkan x fungsi2 mereka selain dari jadi ketua agama? nak kata mereka terlibat secara langung dalam pentadbiran negara jauh skali kot..itu fungsi perdana menteri..so apa fungsi raja? adakah berikan pangkat2 kepada kaki kipas spt anda? beri pangkat kepada org2 yg nth apa2? kepada artis bollywood yg apa je sumbangan utk negara ni?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 matplei June 10, 2012 at 3:05 pm

kalau elaun tu diberi dekat raja tu n dlm famili terdekat ok la jgk..takkan smpi 7 keturunan pon nk ditanggung??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 kakdah June 16, 2012 at 6:01 pm

Saya dari keturunan yg sama xdpt apa2 pun jgn pandai dok cucuk yg lain kalau xtau dan x ada bukti. Jgn pandai berkata je tapi x tau nak nilaikan yg mana baik @ buruk. BerDosa besar kalau benda yg xbetul dihebohkan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 matplei June 19, 2012 at 4:08 pm

mungkin anda ni keturunan ke-8 pasai tu xdpt pape hahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 zharif June 19, 2012 at 5:41 pm

korg kate Sultan tak buat kerja??
meh aku sekeh ckit…Sultan buat mcm2 kerja…semua utk kebajikan rakyat…korg tak nmpak…lagi satu sesuai la dgn kedudukan Baginda…dgn taraf Sultan…xkn nk expect gaji rm1500 ciput cm korg…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 lina October 28, 2012 at 7:02 pm

yang pasti dorang makan hasil minyak sabah n sarawak..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 org kita January 25, 2013 at 3:06 pm

bukan la,gaji utama dari hasil cukai,zakat,pembinaan industri DLL.sekian

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 pembela mamak October 28, 2012 at 7:53 pm

kalau negara ni berperang…sapa yg lari dulu..gaji mahal2 nak angkat senjata?….so pikir pikirlah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 amir October 31, 2012 at 12:51 am

bagi saya, elaun YDPA ni sepatutnya dikaji semula. Gaji YDPA kene lah setimpal dgn tugas mereka. dan untuk keturunan2 mereka xperlu kot. kalau tugas negara kebanyakan nye diurus pm i think gaji YDPA pun kne low dr pm. mostly tugas YDPA hanya bg assent, kalau nk kata sumbangan utk perkara yg berkaitan dgn umat islam, mereka pun akan rujuk kt mufti2. igt lg kes reid commission raja2 kte kalau xde onn Jaafar sanggup turunkan t/t and follow malayan union. pendek kata rakyat yg beria lindungi raja at that time. kalau excessive power diberi kt raja lain pulak jd nye nti,,ingat lg kes Faridah Begum, Daeng Baha Ismail tk lupa jugak penyerahan pulau pinang kt british dulu oleh raja kita. that why Dr. M pinda undang2 untuk kurangkan kuasa raja dan kenang nasib Daeng Baha yg telah dibunuh. tidak melampau sekiranya raja kita kena tgk balek sejarah bagaimana org melayu tindakan orang Melayu melawan Malayan Union jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat. lastly, Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 khairul November 15, 2012 at 10:04 pm

idak dapat le deme koje motong getah dapat anugerah ke mende kalau deme udah ada harta banyak deme akan dapat le anugerah ke mende gitu lah gamaknya yg kaye bertambah kaye yg miskin bagaimana le nropenye eheheh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 abang toko January 12, 2013 at 6:27 pm

raja dan rakyat berpisah tiada(hrap2 gitula hendaknya)DAULAT TUANKU.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 org kita January 25, 2013 at 2:58 pm

apa la akan jd ek klu org melayu sudah tidak bersultan dan beraja nnti,masih adakan masih ada kuota anak melayu di universiti?wujud lagikan tanah rizab melayu?adakan PM pas ne bukan lagi org melayu?paling aku risau,apakah nasib bangsa aku di masa depan akibat gagal bersaing dan di tindas oelh bangsa asing di bumi sendiri.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 Orang Ghaib February 8, 2013 at 4:52 pm

Rukun Iman dan Rukun Islam tak sama dengan Rukun Negara ye kawan2… Rukun Negara manusia yg buat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: