BREAKING NEWS : Pekeliling Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 Terbaru : SEMAK BERITA SINI


[Al-Fatihah] Sultan Johor Mangkat 2010

by Staff Berita Semasa on January 23, 2010

Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat (22 Januari 2010) pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini. Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, dan sultan johor mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu :

  1. Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail
  2. Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah
  3. Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah
  4. Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani
  5. Tunku Maimunah Ismailiah
  6. Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail
  7. Paduka Puteri Tunku Muna Najiah
  8. Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Semasa pemerintahan baginda, Sultan Johor, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya. Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan. Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor.

Jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari (23 Januari 2009) untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di Johor Baharu, pada jam 2 petang.

Kredit kepada Malaysiakini

P/S : Sama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Johor semoga dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan yang mukminin.


{ 5 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 adiadah January 23, 2010 at 9:13 am

Al-Fatihah.
Ana anak jati/tulin Johor, cukup bersedih di atas pemergian baginda. Anakanda2 baginda bersekolah bersama di English College/Maktab Sultan Abu Bakar, Johor. Negeri Johor Darul Takzim akan berkabung 7 hari dan bendera separuh tiang bagi mghormati pemergian baginda Sultan yg di kasihi.
Ya Allah!!! KAU cucuri & rahmati rohnya..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 mesticun January 24, 2010 at 8:31 am

Al-fatihah buat arwah Sultan Johor Mangkat, Tengku Ibrahim Pewaris Takhta Johor.harap pengantinya dapat melaksanakan tugas dengan penuh keadilan.

kita hidup sementara sahaja didunia ni.bukan selamanya dunia ini terus hidup.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Pak Awang January 25, 2010 at 11:16 am

Walaupun aku bukan orang johor
tetapi sayangnya orang Johor kat Almarhum memang nampak lain
mungkin disebabkan caranya, gayanya, memek mukanya
kadang-kadang aku tak duduk johor dan tak pernah tengok secara live pun, merasakan kehilangannya selepas mendenagar cerita tentang sayangnya sultan terhadap rakyatnya :doa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 m nur helmi July 1, 2010 at 12:22 pm

kehilangan yang tiada ganti… baginda tak memilih keturunan dalam berbaur.. pernah dapat bersalam dengan baginda dalam rangka lawatan baginda ke perkampungan orang selat di danga.. maaf kata.. tiada kerabat di raja yang seistimewa baginda.. semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. buat tuanku ibrahim yang akan mewaris tahta.. saya sebagai anak suku selat johor berharap tuanku dapat berkhidmat dan berbaur seperti almarhum sultan.. DAULAT TUANKU.. HIDUP JOHOR

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 cik saa July 5, 2012 at 1:47 am

ada yang silap tuu… 2010 dan 2009 ? yang mana satu betul ?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: